Assalamualaikum w.b.t
Pejam celik pejam celik, sudah hanya tinggal tidak lebih 20 jam lagi pengundian akan berlangsung di pilihanraya kecil Dun Tenang. Seramai 14, 753 pengundi berdaftar berhak untuk membuang undi. berikut adalah statistik pilihan raya kecil di Dun Tenang:
Daripada statistik kita dapat lihat taburan pengundi-pengundi di Tenang mengikut bangsa. Seramai 14,753 orang pengundi akan membuang undi esok di 12 UPU yang majoritinya sebelum ini dikuasai oleh BN. Daripada statistik ini, jelas menunjukkan undi pos yang sentiasa menjadi peluru terakhir BN untuk memenangi kebanyakkan pilihanraya sebelum ini tidak dapat menyelamatkan BN untuk pilihan raya kali ini kerana bilangannya yang sangat sedikit.
Tapi ada satu kekuatan besar BN yang menjadi hantu kepada PR adalah undi orang2 felda. Di Tenang ada 3 Felda yang akan menjadi penyelamat kepada undi BN iaitu Felda Chepelak, Felda Chemplak Barat dan Felda Tenang. 3 Felda itu akan menyumbangkan sebanyak 4,118 yakni 28% daripada jumlah pengundi di Tenang. Golongan-golongan awal Felda semestinya akan mentafsirkan 'terhutang budi' mereka kepada kerajaan dalam bentuk undi.
Selama seminggu kempen pilihanraya di Tenang kita dapat menyaksikan kempen2 yang begitu bersungguh-sungguh dari kedua-dua pihak.
Bagi penulis, calon yang dihantar oleh BN dan PR kali ini mempunnyai keistimewaan yang tersendiri. Calon dari BN, Mohd Azhar bin Ibrahim yang lebih dikenali sebagai Tok Ai manakala calon dari PR iaitu Normala Sudirman yang lebih diikenali sebagai Cikgu Mala.
Saya sangat tertarik dengan Cikgu Mala kerana sebelum pengumuman calon daripada Presiden PAS, beliau telah meletakkan jawatannya sebagai guru semata-mata untuk berkhidmat sepenuhnya kepada rakyat. Apa yang lebih mengharukan, suaminya menyokong penuh keputusan yang diambil oleh Cikgu Mala. Inilah yang dikatakan rumah tangga yang dibina untuk perjuangan Islam.
Pelbagai isu yang timbul semasa seminggu kempen pilihan raya antaranya:
1.Isu jabat tangan Cikgu Mala
2.Isu skandal Tok Ai
3.Isu wanita UMNO Labis membuat laporan polis atas fitnah yang mengatakan mereka tidak menyokong Tok Ai sebagai calon
Walau bagaimanapun, hari esok merupakan hari yang sangat penting. Semoga pengundi-pengundi di Tenang dapat turun esok untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebagai penduduk di Tenang..Selamat mengundi