Chat Box

Pages

This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, October 21, 2010

Kuasa Melayu hilang pada PRU-13?


Khairy Jamaluddin bersama Exco Pemuda menggenggam tangan semasa Persidangan Pemuda UMNO Malaysia di Dewan Merdeka PWTC, semalam.

KUALA LUMPUR 20 Okt. – Tiada satu pun parti yang mewakili orang Melayu, baik UMNO mahu pun Pas mampu mendapat seratus peratus undi daripada kaum itu sendiri pada pilihan raya umum akan datang.

Peringatan tersebut disampaikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kepada 795 orang perwakilan yang menghadiri perhimpunan agung pergerakan itu di sini hari ini.

Menurut Khairy, orang Melayu harus menerima hakikat bahawa undi mereka kini sudah berpecah sehinggakan di kebanyakan kawasan, perpecahan tersebut terbahagi dua disebabkan perbezaan fahaman politik, iaitu 50 peratus di satu pihak dan 50 peratus di pihak lain.

“Ini bermakna, siapa saja yang mahu menang mestilah mendapat sokongan daripada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.


“Sekiranya kita masih lagi berkhayal bahawa kita boleh menang tanpa sokongan mereka (undi bukan Melayu), 50 kerusi Parlimen Barisan Nasional (BN) sedia ada berada dalam bahaya.

“Sekiranya tiada usaha untuk mengamal kepimpinan inklusif lagi moderat, kepimpinan Melayu UMNO akan hilang pada pilihan raya umum akan datang umpama pepatah Melayu ‘bagai pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi’,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasarnya di Persidangan Pemuda UMNO di sini hari ini.

Khairy menambah, jika mahu mengharapkan undi orang Melayu semata-mata, harus diingat bahawa hanya terdapat 73 kerusi Parlimen yang mempunyai majoriti dominan Melayu sebanyak 70 peratus ke atas.

Beliau menegaskan, orang Melayu harus belajar daripada keputusan pilihan raya umum lalu di mana BN khususnya UMNO hampir kalah disebabkan hilang sokongan bukan Melayu.

Katanya, berdasarkan fakta sejarah kecuali penentangan terhadap Malayan Union dan perjuangan mencapai kemerdekaan, orang Melayu kerap berpecah terutama dalam pemahaman dan ideologi politik.

Lebih mengecewakan, jelas beliau, setiap kali cadangan atau usaha untuk menyatukan orang Melayu cuba dibangkitkan, ia sering disambut dengan sinis oleh pihak lain termasuk Pas.

“Malah dalam soal asas agama dan bangsa pun, Pas sanggup menolak tangan yang kita hulurkan dengan ikhlas kerana ketaksuban mereka kepada kuasa, sehingga yang haram menjad halal, yang mungkar menjadi makruf,” jelasnya.

Beliau menambah, tanggungjawab utama menarik sokongan bukan Melayu sudah semestinya terletak di atas bahu parti-parti komponen BN tertentu.

Katanya, apa yang penting sekarang, segala kelemahan perlu diatasi segera dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka wajar dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.

“Namun, dalam arena politik semasa, apatah lagi dengan gagasan 1Malaysia yang menjadi pegangan bersama, rakyat mahu melihat semua parti BN mengamalkan pendekatan muhibah, adil dan saksama.

“Kita tidak mahu menjadi pemimpin politik sesumpah sebagaimana yang wujud di pihak lawan, yang cakapnya tidak boleh dipegang, di mana lafaz janji yang hari ini ditutur kepada orang Melayu tanpa segan silu dipusing ceritanya bila ditutur kepada orang bukan Melayu,” katanya lagi.



APA KOMEN ANDA??

PAS dahului Umno gerak kerja di Galas


Ditulis oleh Wartawan Kita

GUA MUSANG, 20 Okt: PAS terus mendahului Umno dalam melaksanakan gerak kerja Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas apabila melancarkan jentera pilihan rayanya malam tadi.Sedangkan Umno masih lagi tenggelam dalam kemelut dalaman apabila difahamkan wujud dua nahkoda di Galas.
Pertembungan team Tengku Razaleigh Hamzah dengan Pemuda dan Wanita Umno Bahagian mulai kelihatan sekarang.
Selain itu kehadiran ribuan penduduk tempatan pula memberi satu isyarat Dun Galas seakan-akan sukar digugat Umno biar pun mempertaruhkan veteran parti itu, Tengku Razaleigh sebagai pengarah jentera pilihan raya BN di Galas.
Di antara ribuan yang hadir dengan bersesak-sesak di hadapan Markas Besar PAS Dun Galas kelihatan ramai masyarakat bukan Islam termasuk orang Cina dan India.
Situasi itu kelihatan berlainan berbanding dengan pilihan raya kecil Dun Manek Urai pada Julai tahun lepas kerana tiada ragam kaum yang hadir pada pelancaran jentera pilihan raya PAS.
Pelancaran jentera pilihan raya PAS dilakukan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Hadir sama Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, kepimpinan PAS negeri dan wakil-wakil rakyat.
Permulaan yang baik itu disifatkan kalangan petugas media memberi kelebihan kepada PAS berbanding dengan Umno yang hanya mengharapkan bantuan sepenuhnya jentera kerajaan persekutuan.
Datuk Nasuruddin Daud menyifatkan kehadiran begitu ramai malam tadi membayangkan kehendak rakyat Galas bagi mengekalkan momentum Mac 2008.
Katanya dari awal lagi sudah kelihatan semangat pengundi di Galas bagi meneruskan perjuangan yang ditinggalkan Allahyarham Chek Hashim Sulaima.
Husam pula menyifatkan tiada rungutan ditimbulkan penduduk bukan Islam di Galas terhadap kerajaan negeri di mana ia menggambarkan penerimaan mereka terhadap kerajaan PAS.
“Orang Cina dan Orang Asli nampaknya berpuas hati terhadap prestasi yang ditunjukkan kerajaan negeri. Masalah pemilikan tanah di kalangan masyarakat Orang Asli diselesaikan.
“Biar pun masyarakat Orang Asli berada di bawah pengurusan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, namun kerajaan negeri berusaha menyelesaikan masalah tersebut,” katanya pada ceramah sempena pelancaran jentera pilihan raya PAS Dun Galas.
Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, kehidupan masyarakat di Dun Galas, Gua Musang mencerminkan keadaan sebenar rakyat Malaysia kerana mempunyai komposisi pelbagai kaum dan budaya.
Katanya, penduduk di Galas terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina, India dan Orang Asli.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz meminta rakyat yang mengundi Allahyarham Chek Hashim pada pilihan raya umum lalu terus kekal mengundi PAS bagi membolehkan perjuangan ditinggalkan wakil rakyat terbabit dapat diteruskan.
“Teruskan apa yang telah kita lakukan pada pilihan raya umum lalu, manakala bagi yang belum mengundi PAS hendaklah sama membantu bagi mengekalkan kemenangan pada pilihan raya lepas,” katanya.
Timbalan Presiden PAS pula membayangkan pilhan raya umum ke-13 diadakan lebih awal memandangkan usaha menggula-gulakan rakyat dilakukan perdana menteri ketika membentang Bajet 2011 pada persidangan parlimen Jumaat lalu.

APA KOMEN ANDA???

Saturday, October 16, 2010

Intipati Bajet 2011 [Sumber B.Harian]

KUALA LUMPUR: Berikut ialah intipati Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, hari ini:

* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.

* Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.

* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.

* Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.

* Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.

* RM85 juta untuk membina kemudahan infrastruktur bagi membolehkan hotel dan pusat peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong.

* RM50 juta bagi membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang.

* Pembangunan pusat peranginan bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan.

* Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar lima peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia.

* RM119 juta untuk membangunkan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan.

* Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.

* RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.

* RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.

* Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.

* RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

* Kadar cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan satu peratus kepada enam peratus untuk menjamin kesejahteraan masa hadapan negara.

* Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar.

* Meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan hasil.

* Menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan dengan belanja mengurus RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion (Kementerian Pengajian Tinggi) dan RM627 juta (Kementerian Sumber Manusia).

* Menubuhkan "Talent Corporation" di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011 untuk membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia.

* RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010.

* Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bagi perbelanjaan pembangunan.

* Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM86.4 billion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenakan Bayaran Tetap.

* Sejumlah RM1.4 bilion disediakan untuk pembelian aset dan RM1.2 bilion untuk perbelanjaan lain.

* Bagi peruntukan pembangunan, RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.

* Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM955 juta bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

* Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi 2011, jumlahnya dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion berbanding RM162.1 bilion pada 2010.

* Defisit Kerajaan Persekutuan bagi 2011 dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada KDNK berbanding 5.6 peratus pada 2010.

* Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.

* RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.

* Pendaftaran prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah.

* RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang sudah siap.

* RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.

* Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam.

* Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.

* Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah.

* Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.

* Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.

* Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.

* Menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh BSN.

* Program Bantuan Rumah (12,000 unit) untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta.

* Mewujudkan "Portal 1Malaysia Pengguna Bijak".

* Memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu bagi menyeragamkan harga barangan.

* Memperkenalkan Program Transformasi Kedai Runcit, Bengkel Automotif dan Projek Pasar Komuniti.

* Melancarkan Dana Pencen Swasta.

* Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariat.

* Menyediakan multivitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara.

* Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan.

* Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Bhd tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta.

* Mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000.

* Permohonan PR boleh dilakukan selepas lima tahun.

* Menyediakan empat bas sebagai Klinik Bergerak.

* Merangka Model Baru Pembangunan Orang Asli dan Pribumi.

* Memperkukuh JHEOA dengan mentransformasi kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli. - BERNAMA

Thursday, October 14, 2010

mcm mana la boley lulus T__T

Assalamu'alaikum WBT, cepat betul masa berlalu, skank lebey kurang sebulan ja nak masuk study week.

Ok2. Stret tu da point. Tengok tajuk kat atas, mcm mana la boley lulus. Lulus apakah? Di sini bukannya aku nak perkatakan soal lulus exam ke, soal lulus test JPJ ke, lulus ujian ke ape ke. Tp aku tengah hairan ni, mcm mana la Konsert Adam Lambert boleh lulus penganjurannya di Malaysia. Compius aku.

Konsert Adam Lambert akan berlangsung 14 Okt (hari ni la) dekat Stadium Ptra Bukit Jalil.Aiya,kenal ke tak Adam Lambert ni siapa. Bukan nk kutuk image dia, tapi semua kena tahu benda ni. Dia ni gay, dia sendiri buat pengakuan (bukan men2 tuduh2 kes liwat mcm yg kena pd Anwar Ibrahim ok). Try la search image Adam Lambert, ada ja gambar yang menjijikkan (kissing dgn lelaki). Gmbr yg aku letak ni versi sopan cket ye.


Kalau iye pon nk luluskan konsert, try la tengok jugak siapa artisnya. Dan kerajaan ada hak samada nk luluskan atau tak. Hairan aku mcm mana la artis cmni bley lulus. Byk lg artis lain yg bley dijemput. Maher Zain ke..skank ni kan famous. Lagu pon menarik2. Tak pon cari la mana2 artis yg lg sopan.

Apa la nak jadi dengan Malaysia sekarang. Kalo aksi artis atas stage nnti dah teruk, so masing2 boley paham la kan mcm mana pulak dgn aksi penonton kat bawah. Allahurabbi, ni yang aku risau sgt. Kalau malam sambutan tahun baru, malam merdeka pon da macam2 kes kita dngar, xtau la apa akan jd malam konsert ni.

Ape mesej yang kerajaan Malaysia nak tunjuk dengan kelulusan konsert Adam Lambert ni? Adakah ini bermaksud, kerajaan mahu menghalalkan kegiatan gay dan seks bebas di Malaysia? Adakah mungkin juga pergaulan bebas dan perzinaan telah dihalalkan? Bukan payah bagi remaja yang mengandung tanpa suami, sekolah di Melaka dah sediakan tempatnye. Kalau mengandung nanti, gi je daftar kat situ, selesa pon selesa.

Ntah la, malas nak cakap panjang. Lain kali, kalau nak buat apa2, gunakan akal! Akal yang berpadukan syariat. Kalau akal je bijak, tapi syariat xnak ikut, nampak kurang cerdik jugak. Apa2 la. Itu ja benda yang aku nk sampaikan wat masa ni. Banyak lg benda nk tulis, byk lg isu, tp x berkesempatan sgt.

Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua dan kepada mereka. Amin...

Tahniah Kepada Majlis Tertinggi Baru Residential College Support Unit (RCSU) Sesi 2010/11 Universiti Teknologi Petronas


Assalamualaikum dan salam blogging.Baru-baru ini UTP Residential College Support Unit baru sahaja selesai agenda terbesar dalam kalendar tahunan mereka iaitu Mesyuarat Agung Tahunan atau Annual General Meeting(AGM).Seperti kebiasaannya AGM diadakan sebagai medan untuk kesemua Ahli RCSU untuk sama-sama duduk semeja bagi membincangkan hala tuju dan  bermuhasabah tentang gerak kerja sepanjang satu penggal.AGM kali ini menyaksikan barisan kepimpinan bertukar tangan.

Tuesday, October 12, 2010

FORUM "2012: SIAPA DI SEBALIK AGENDA INI? "



2012 fire.jpg


Apakah benar 2012 menjadi tarikh akhir usia alam semesta?

Siapakah mereka untuk memberi pendapat ini?

Adakah kita tahu siapa di sebalik kenyataan ini?

Forum yang akan merungkai pelbagai persoalan yang bermain di minda.

Bersama speaker yang tidak asing di kalangan mahasiswa.

Saksikan pembongkaran fakta ini pada

14 Oktober 2010
9.30 malam
Dataran Pesta Konvo

Jangan lepaskan peluang!!!!!


Layari Laman Sesawang Speaker

Tuan Khalid Yahya

Ust Muhd Shaari Ab Rahman

2010 KEBANGKITAN ANAK MUDA




Ditulis Oleh Mohd Yusof Hadhari Bin Saidon

Kalau diteliti, usia paling berpotensi seorang pemuda adalah usia antara 20 sehingga 30 tahun, maka mahasiswa adalah elemen terpenting dari golongan ini. Mahasiswa ini berada pada posisi yang sangat menguntungkan. Baik dari segi usia (masa pencapaian potensi maksima) mahupun dari segi lingkungannya yang berupa lingkungan akademis. Kemampatan emosi yang ditunjangi dengan intelektual yang cukup akan menghasilkan sebuah idealisme. Idealisme yang dihasilkan ini umumnya masih fitrah, dengan erti kata idealisme itu dibangunkan atas dasar keinginan untuk mewujudkan suatu sistem yang bersih dan adil. Bukan idealisme yang telah dikotori oleh najis kekuasaan, kekayaan atau kepentingan lainnya.

Itulah sebabnya kebanyakkan pergolakan atau penentangan kepada penguasa bermula dari kampus. Orang-orang yang sedang memiliki “idealisme fitrah” itu kalau dihadapkan pada sebuah ketidakadilan atau sesuatu yang tak sesuai dengan idealisme itu, maka timbullah jiwa yang memberontak. Dengan demikian muncullah gerakan-gerakan menentang penguasa yang digerakkan oleh mahasiswa. Disitulah terlihatnya kehebatan gerakan ini. Pemerintah atau penguasa sebenarnya tidak begitu selesa dengan situasi ini, sehingga terkadang gerakan ini harus dihentikan dengan keras, ugutan dan tidak terlepas yang dikenakan undang-undang zalim terhadap mereka iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku).


Gerakan Mahasiswa merupakan sebuah gerakan yang tak mudah ditambat tengkoknya dan dicucuk hidungnya. Dibanding masyarakat awam, mereka ini jauh lebih faham dengan situasi politi terkini. Dunia kampus telah menyajikan jendela bagi mereka untuk membuka mata melihat apa sebenarnya yang terjadi saat ini. Dari kampus ini pulalah terlahir gerakan-gerakan atau perkumpulan mahasiswa yang wujud kesatuan aksi, himpunan dan sebagainya. Kebangkitan gerakan mahasiswa yang dijalankan hampir setiap kampus di Malaysia saat ini, semakin menambah wawasan dan keterampilan politik para mahasiswa.

Namun hanya bermodalkan mahasiswa saja belum menjamin akan menjadi seorang yang memiliki sebuah idealis terutama yang bersangkutan dengan ilmu politik. Secara garis besar mahasiswa dibahagikan menjadi dua; aktivis kampus dan study oriented. Mahasiswa yang ber”mazhab” study oriented hanya memiliki satu misi dalam kuliahnya; belajar dan mencapai nilai pointer setinggi-tingginya. Mahasiswa jenis ini tak akan mengambil tahu dengan percaturan politik yang sedang berlansung. Baik politik internal atau politik kampus, apatah lagi politik di luar kampus (negara). Berbeza dengan mahasiswa yang bergelar aktivis kampus. Mereka ini memiliki pengetahuan yang tinggi terhadap segala apa yang dicorak oleh penguasa, baik di dunia kampus ataupun juga dunia luar kampus.

Memang banyak godaan dan tangan-tangan gelap yang menghalang seorang pemuda pada masa ini untuk melihat kebenaran dan keadilan, namun disitulah letaknya tentangannya. Tentangan yang harus diharungi seseorang untuk mencapai kejayaan itu. Banyak anak muda yang terlena dengan berbagai macam godaan sehingga ia terlupa akan potensi-potensi yang sedang dimilikinya. Dengan demikinan maka beruntunglah mereka yang tak terlena oleh godaan-godaan itu serta dapat memanfaatkan potensinnya yang ada.

Peranan mereka sebagai mahasiswa pada saat ini bukan hanya sekadar duduk dan mendengarkan sahaja pemerintah berbicara. Mereka merasakan dan menyedari keprihatinan akan keadaaan Malaysia, mereka berjuang dan cita-cita mereka hanya satu, memberi kesan yang besar bagi tranfomasi Malaysia yang lebih baik dan bermartabat. Walaupun keadaan ini tidak disenangi beberapa pihak yang ingin menjaga sesuap nasi mereka, akan tetapi ini bukanlah satu perkara yang besar bagi mahasiswa yang berjiwa tinggi untuk menyatakan kebenaran, menegur kemungkaran.

2010 merupakan tahun kebangkitan gerakan mahasiswa. Mahasiswa, anak muda dan orang ramai mula tersentak dan tersedar dari lena yang panjang, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) bukan lagi akta yang melindungi dan memberi kebaikan kepada mahasiswa khususnya tetapi akta ini menzalimi mereka dan menghalang suara-suara mereka yang ingin menyatakan kebenaran. Ayuh anak muda harapan Agama, harapan Bangsa dan Negara, mari kita sama-sama optimumkan potensi diri yang ada, dalam memperjuangkan hak dan mencapai misi yang utama iaitu tranfomasi Malaysia kearah lebih baik. Gunakan segala medium yang ada. Maksimakan pengunaan Blog, Facebook, youtube dan sebagainya untuk dijadikan senjata, dan pastikan senjata itu sentiasa tajam untuk menikam musuh yang menghalang.

“Kebangkitan gerakan mahasiswa Islam sudah tiba masanya dan kita sendiri sudah tidak sabar untuk mempamerkan wajah kita yang sebenar. Menawan kampus, bermakna kita menawan negara. Tarbiah yang kita terapkan selama ini, sudah meraung-raung untuk dilepaskan dalam bentuk yang lebih kental. Lalu, jiwa-jiwa dan hati-hati kecil kita bagaikan soldadu yang sedia menerima arahan untuk bertindak. Ya, kebangkitan ini, diumpamakan tiupan angin lembut yang tiba-tiba meruap ganas. Ditiup gunung, gunung tercabut. Diterpa lautan, lautan bergelora.” WaAllahualam.

http://seutastasbih.blogspot.com/2010/09/2010-kebangkitan-anak-muda.html

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More