Chat Box

Pages

This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label Perkongsian. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian. Show all posts

Thursday, December 9, 2010

RAKAN MASJID UTP - "HIJRATUR RASUL : PERUBAHAN HOLISTIK"


Alhamdulillah segala puji dan puja bagi Allah Rabb sekalian alam yang telah menyusun dengan baik sistem kehidupan makhlukNYA kerana dengan RahmatNYA kita masih diberi kurniaan nyawa dan kesempatan untuk terus beriman kepada Allah. Selawat dan Salam kepada Muhammad SAW yang telah memberikan teladan yang terbaik dalam segenap aspek kehidupan terutamanya kepada petugas amal Islami seperti yang di rekodkan oleh Allah dalam Al-Quran ;

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu uswatun hasanah (suri teladan yang baik) bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Al-Ahzaab: 21)



Saban tahun kita menyambut kedatangan Awal Muharram dan pada tarikh keramat ini jugalah dijadikan cuti umum bagi seluruh negara. Sesungguhnya peristiwa hijrah Rasul SAW dan para sahabat memberi makna yang lebih besar berbanding bergembira menikmati cuti umum.
Pembaca sekalian,
Peristiwa Hijrah Rasul SAW dari Mekah ke Madinah bukan sekadar perpindahan biasa yang selalu kita lakukan dan sebut-sebutkan. Hijrah mereka ini dipandu oleh wahyu Allah SWT yang pastinya sesuatu yang besar pasti akan berlaku. Kesusahan yang dialami oleh baginda Rasul dan para sahabat tidak sedikit pun menyebabkan mereka berganjak dari jalan dakwah dan jihad. Namun mereka tetap melakukan hijrah, mengapa? Adakah kerana ingin melarikan diri daripada seksaan kafir Quraisy? Jawapannya ialah TIDAK. Sesungguhnya hijrah mereka ini mendapat arahan daripada Allah dengan pelbagai cabaran dan dugaan untuk melakukan hijrah ini namun bayarannya sangat berharga iaitu berjaya mendirikan sebuah Daulah Islamiah (Negara Islam). Pernah Abu Bakar bertanya kepada Rasul SAW bilakah mahu berhijrah, namun Rasul SAW mengatakan akan ada orang yang menemani Abu Bakar untuk berhijrah (menunggu masa dan arahan untuk berhijrah).
Maka apa yang dapat kita ambil dari peristiwa ini? Telusuri semula kronologinya, perjuangan Rasul SAW di zaman Mekah dengan pelbagai usaha dakwah dan penanaman aqidah yang benar, disambung dengan penghijrahan yang mengubah umat Islam secara holistik kemudiannya berjaya menjadi umat Islam yang kuat dan disegani. Ini melambangkan bahawa perubahan yang sebenar-benarnya menuntut untuk kita berHIJRAH.
Pembaca sekalian,
Sudah sekian lama umat Islam berada dalam ’seksaan’ iman dan aqidah, ’bencana’ kerosakan masyarakat dan jati diri umat, dan ’ditindas’ dengan sistem yang mengongkong daripada berfikir tentang Islam tetapi usaha untuk ’memerdekakan’ umat Islam dan penanaman aqidah yang sejahtera juga sudah lama dilakukan. Namun mengapa nasib umat Islam masih berada dalam keadaan yang sama dan berganjak hanya sedikit? HIJRAH lah jawapannya! Sesungguhnya Hijrah Rasul SAW dan para sahabat menuntut kepada perubahan holisitik(menyeluruh) dalam diri umat Islam.
Hanya dengan perubahan holisitik dapat membantu umat Islam keluar daripada ’seksaan’, ’bencana’ dan ’penindasan’ tersebut dan seterusnya menjadikan umat Islam yang terbaik dan sejahtera. Firman Allah ;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Al-Baqarah: 208)

Pembaca sekalian,
Berhijrahlah dalam segala aspek kehidupan. Sebagai pelajar dan masyarakat umum, hijrahlah bermula dari perkara asas seperti prinsip hidup (Berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah) dan matlamat hidup (Mendapat redha Allah). Maka secara automatik segala perkara lain yang melibatkan ideologi dan pemikiran, ketokohan dan ikon, akhlak dan ibadat, keilmuan dan kebudayaan, syariat dan cara hidup akan menjurus kepada Islam yang mulia. Hanya pada saat inilah, umat Islam akan kembali ke tempat yang dimuliakan oleh Allah manakala masyarakat bukan Islam akan mendapat mendapat faedah daripadanya. Firman Allah;

والذين هاجروا في الله من بعد ماظلموا لنبوئنهم في الدنيا حسنة ولاجر الاخرة اكبر لو كانوا يعلمون
الذين صبروا وعلى ربهم يتوكلون

Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui. (Iaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal..(An-Nahl: 41-42)

Akhir kalam, Rakan Masjid UTP mengucapkan Salam Ma’al Hijrah 1432 H bersulamkan hadis ; diriwayatkan daripada Abdullah bin Habsyi, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud “Orang-orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah”
Sekian , terima kasih
Zaiyinul Ain Bin Zainal Rafit
(P) Presiden Rakan Masjid UTP

Sunday, November 28, 2010

KNOWING THE CREATOR

Assalamualaikum WBT.

Praise be to ALLAH for all HIS blessings to us, Shalawat and salam to our beloved prophet Muhammad SAW as the best icon and model which labelled as 'uswatun hasanah' as mention in Al-Ahzab verse 21;
arabic
"Ye have indeed in the Messenger of Allah a beautiful pattern (of conduct) for any one whose hope is in Allah and the Final Day, and who engages much in the Praise of Allah."


Knowing ALLAH as the only GOD which can be worshiped is very essential and important especially to our kids, small brothers and sister. Teach them to know the Creator of this entire universe. InsyaALLAH we will see a new Quranic, God-Conscious generation will come soon. The only thing that we can do is to struggle in ALLAH's path to build that generation so that the ideal society which we dream all the time will come into reality..

Here is a video how to educate our kids knowing ALLAH at the same time, knowing HIS creation.


Tuesday, November 16, 2010

Tuntutan Yang Dilupakan Umat : PENGORBANAN


Assalamualaikum WBT..
Alhamdulillah segala puji dan puja bagi Allah yang telah mengurniakan kita dengan nikmat yang paling agung iaitu menjadi orang yang beriman. Selawat dan salam buat junjungan tercinta yang telah memberikan keteladanan yang terbaik dalam segala hal dalam kehidupan terutama keteladanan yang mulia untuk para pendakwah sepanjang zaman. Tidak lupa kepada generasi Al-Quran yang menyelusuri jalan amal Islami mengembangkan Islam sehingga kini.

Allahu Akbar! Takbir raya membesarkan Illahi akan bergema sekali lagi bagi tahun ini dengan datangnya perayaan terbesar dan penuh signifikan bagi umat Islam iaitu Eidul Adha. Dikala jutaan umat Islam sedang mengerjakan rukun Islam yang kelima; mengerjakan Haji apakah perkara yang boleh kita ambil dan hayati bersempena Eidul Adha? Eidul Adha juga dikenali sebagai Raya Haji dan Raya Korban kerana kedua-duanya saling berkait rapat dengan sejarah yang telah digazetkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran :
kaab.jpg
"Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh." (QS. Al-Hajj, 22 : 27)

"Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (kurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, karena itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah)." (QS. Al-Hajj, 22: 34)

Allah SWT mengurniakan perayaan ini bukan sekadar hari bergembira umat Islam malah jauh lagi tujuannya yang barangkali sukar untuk manusia biasa memikirkannya. Namun antara 'ibrah (pengajaran) yang boleh diambil ialah berkenaan seruan pengorbanan yang dituntut oleh Allah AWT. Pensyariatan Eidul Adha boleh dilihat dari sejarah Nabi Ibrahim as. dan Nabi Ismail as. berkenaan pengorbanan tinggi yang ditunjukkan oleh kedua-dua nabi tersebut. Ketika mana Allah memerintahkan Nabi Ibrahim melalui mimpi untuk menyembelih Nabi Ismail, Baginda telah membenarkan mimpi tersebut bahawa segala perintah Allah wajib dipercayai dan dilaksanakan. Begitu juga Nabi Ismail yang merelakan diri kerana iman yang cukup kukuh terhadap Allah dan kefahaman yang tinggi terhadap kewajipan melaksanakan tuntutan dan syariat Allah SWT. Setelah terbukti kesabaran,pengorbanan dan ketaatan kedua-dua nabi Allah tersebut, Allah melarang menyembelih Nabi Ismail dan menggantikan korban dengan seekor sembelihan. Kisah ini boleh dirujuk dalam Al-Quran surah As-Saffat (37) ayat 102-107.

Pembaca sekalian,
pales.jpg
Tatkala umat Islam masih lagi dalam cengkaman pelbagai kesusahan samada kesempitan harta, ketandusan ilmu, kelesuan iman dan pelbagai lagi menunjukkan kelemahan umat ini, maka kita yang Allah sudah campakkan hidayah untuk sentiasa merasa kemanisan beriman ini seharusnya mempunyai kesedaran untuk sentiasa membantu membangunkan umat. Dalam usaha untuk membina dan membangunkan umat ini lah yang dipanggil usaha JIHAD dan jihad menuntut kepada pengorbanan. Tanpa pengorbanan, tiada apa yang mampu dikecapi. Menyingkap kembali sirah perjuangan Nabi Muhamamd SAW, penuh dengan pengajaran pengorbanan yang perlu kita contohi. Hasil daripada pengorbanan dan kefahaman yang diperoleh golongan terdahulu menjadikan kita hidup dalam keadaan yang serba mudah dan mengecapi nikmat Iman dan Islam ini. Bayangkan sekiranya golongan terdahulu tidak berusaha bersungguh-sungguh dan berkorban, masakan kita peroleh apa yang kita ada sekarang? Maka atas dasar kefahaman inilah yang perlu kita ambil dalam perayaan Eidul Adha ini.

Sepertimana yang kita tahu, banyak lagi kisah pengorbanan yang dinukilkan dalam kitab agung dan hadis Nabi Muhammad SAW. Ini menunjukkan kepada kita bahawa Islam sangat-sangat menuntut elemen pengorbanan dalam setiap perkara. Sebagai analoginya, setiap perniagaan yang berjaya pastinya ada risiko dan memerlukan walau sedikit modal yang boleh kita misalkan dengan kejayaan umat hari ini. Sekiranya mahu lihat umat Islam kembali gemilang, maka usaha yang berterusan perlu dilakukan dan usaha ini menuntut kepada pengorbanan yang tinggi. Pelbagai bentuk pengorbanan boleh kita lakukan antaranya pengorbanan masa, harta benda, jiwa dan perasaan. Yakin lah dengan janji Allah berkenaan perkara-perkara yang disentuh diatas. Firman Allah :

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? ,(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik jika kamu mengetahui" (QS. As-Saff, 61: 10-11)

Pembaca sekalian,
Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada semua untuk sentiasa perbaiki diri dan dalam yang sama perbaiki masyarakat di sekitar, sesungguhnya tanggungjawab memperbaiki umah berada dalam setiap jiwa yang mengucapkan kalimah toyibah "lailaha illallah (tiada Tuhan disembah melainkan Allah)". Ambillah 'ibrah daripada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ini dengan kita terjemahkan dalam kehidupan seharian. Sedekahlah harta yang Allah pinjamkan itu kepada yang memerlukan, luangkanlah sedikit masa untuk menuntut ilmu-ilmu akhirat dan dunia, berkorbanlah perasaan terhadap pelbagai kesukaan kita kerana ketika saat ini ramai lagi saudara kita yang tidak dapat menikmati pelbagai nikmat seperti yang kita peroleh dan akhir sekali percayalah hanya Islam penyelesaian segala masalah. Semoga sedikit coretan ini memberi cetusan untuk anda semua berasa "ownership" terhadap Islam dan nasib umat ini.

Sekian, Terima Kasih.
Zaiyinul Ain Bin Zainal Rafit
(P)Presiden Rakan Masjid UTP 2010/2011

Monday, November 15, 2010

BUKU best !!!

assalamualaikum, sahabat2...
entry ni bukan untuk jualan buku..
tapi untuk promote buku yang best! untuk dibace
TAJUK : Muhammad Al-Fateh (Penakluk Konstantinopel)


Sabda Nabi Muhammad s.a.w:
"Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan ketua yang baik, tentera yang baik & rakyat yang baik"
Sultan Muhammad al-Fateh adalah pemimpin yg sgt baik dan sangat menitikberatkan tentang ibadah di kalangan tentera serta sangat particular tentang urusan rakyatnya..
Dalam buku ini dikisahkan tentang seorang pahlawan Islam bernama Sultan Muhammad al-Fateh yang merupakan penakluk kepada Kota Konstantinopel.. Kisah dari bagaimana Sultan Muhammad dididik dari kecil hingga diceritakan bagaimana beliau memimpin tentera Islam Turki menakluk Kota yang begitu kebal sehingga berjaya.
Menggunakan strategi peperangan yang sangat unik & pergantungan pada ALLAH yang sangat tinggi. Tambahan pula, segala syura untuk membuat apa-apa keputusan, ulama' tidak diketepikan.
Ini menyebabkan segala keputusan berkait balik dengan sunnah Rasulullah serta sejarah peperangan yang lampau..

Intersted to get this book : Boleh go to Jaffar Rawaz di Kelantan..
Only RM13. (boley dapat lagi murah kalau borong)

Yang best! tentang buku ni :
- Cerita diolah seolah2 macam novel
-Ayat x berbunga sangat
-X tebal sangat
-Bahan ilmiah yang sangat ringan untuk dibace
selamat membace.. Serius, Best!!
wALLAHua'lam

Thursday, November 11, 2010

Al Quran dan Sains, lapangkan fikiran sebentar

Assalamualaikum..
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا فِي الْمَجَالِسِ فَافْسَحُوا يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ وَإِذَا قِيلَ انشُزُوا فَانشُزُوا يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majelis", maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan:"Berdirilah kamu, maka berdirilah, niscaya Allah akanmeninggikan orang-orang yang beriman di antaramu danorang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapaderajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamukerjakan. (Al Mujadilah : 11)

"If everything has a key, then the key for intelligence is knowledge"
Please do spread the news to everyone.

Tuesday, October 12, 2010

Be Careful

assalamualaikum n hi to all,

be careful a.k.a berhati2...

relates with what???

HSE !! pervert guy!! pak guard!! >> tett~~ salah!

jom ikuti satu perbualan 2 sahabat nabi di bwah:




Saidina Umar al-Khattab : "apa itu taqwa?"

Ubay' bin Kaab : “Bukankah engkau pernah melintasi jalan yang berduri?”

Saidina Umar al-Khattab : "betul"

Ubay' bin Kaab : “Apa yang engkau lakukan ketika melintasinya?”

Saidina Umar al-Khattab :"Berhati-hati"

Ubay' bin Kaab : "itulah taqwa"
-story end here-

Berhati-hati lah dalam menyusuri hidup kita nie,

berhati2 dlm mengerjakan ibadah
"pakaian bersih x nk bwak msuk solat nie??"
"focus3... nk jumpe ALLAH nie.."

berhati2 dlm amalan seharian
"selalu je msuk mting lmbat.. Ya ALLAH, ampunilah aku, x nak jadi org munafik~~ sob3"
"haa.... tgah buat ap tuh?? .. ingat.. masa i2 nikmat dr ALLAH.. nti DIA tnye kat akhirat~~"
ketika melihat cermin" peliharalah akhlakku Ya ALLAH"
"ikhlaskn niat... betulkan niat"

berhati2 dlm berbicara
- jauhi sifat inginkan pujian manusia
- participate in the meeting by giving ideas..
- kurangkan gurau senda yg berunsur penipuan

ape lagik ek??
so what we suppose to do..
be careful n be a...

wALLAHua'lam..
same2 kite cube improve diri...

Wednesday, September 1, 2010

Apa itu Ukhwah Islamiyyah yang sebenar???


Salam Dari Padukasalaf,

Selepas Subuh tadi, saya terbaca emel dan persoalan yang dilontar oleh kebanyakan sahabat saya adalah tentang ukhwah islamiyyah...rata-rata komen yang diberikan cukup halus dan kadang-kadang sahabat-sahabat kita kurang memahami..

Setelah saya search dalam google, saya terjumpa artikel berkenaan ukhwah islamiyyah itu..penjelasan yang cukup menarik dan saya terhibur membacanya..mungkin dalam kalangan sahabat saya masih lagi meragui erti ukhuwah yang sebenr..mari kita sama-sama membacanya.
MUQADDIMAH
Konsep Ukhwah Islamiyyah ialah persaudaraan atau kasih saying yang bermatlamatkan mardhatillah yang mana ianya merupakan kurniaan atau pemberian daripada Allah swt. Dia melontarkannya kepada hati-hati hambaNya yang ikhlas dan suci. Firman Allah swt yang bermaksud:
“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63)
KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB UKHUWWAH (PERSAUDARAAN):
Ukhuwwah atau persaudaraan di dalam Islam merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan sebahagian Umat Islam yang lain. Ia merupakan ikatan rabbani – ikatan yang diikuti di atas dasar ketaatan kepada Allah – yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan jalinan yang mendekatkan mereka kepada Allah s.w.t. Ukhuwwah merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w:
“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Di dalam ajaran Islam persaudaraan adalah satu tonggak yang menjadi tunjang kepada pembinaan sebuah masyarakat Islam yang kukuh dan sendi yang menghubungkan anggota masyarakat.
Harakah Islamiah sangatlah memerlukan agar ikatan persaudaraan yang dianjurkan oleh Islam ini diperkukuhkan sehingga ia menjadi seolah-olah satu bangunan yang tersusun rapi, satu anggota memperkuat satu anggota yang lain. Ianya seumpama satu jasad yang apabila satu daripada anggota jasad itu merasai sakit, maka seluruh anggota yang lain akan turut menanggung penderitaannya.
Bagi memastikan hak-hak dan kewajipan ukhuwwah ini dilaksanakan dengan sempurna dan berperanan dalam pembangunan jamaah, Islam telah menjelaskan cara-cara bagaimana hak-hak dan kewajipan tersebut dilaksanakan secara amali dengan memberi penekanan bahawa ia adalah satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan bukan sekadar ucapan di bibir atau teori semata-mata.
1. Ukhuwwah (yang terjalin di antara seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain) mestilah menjadi hubungan yang membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah sebagai membenarkan sabda Rasulullah s.a.w yang menyatakan:
“Sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya dia terlupa (lalai) dia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya”.
Teman setia yang baik seperti inilah yang dimaksudkan oleh Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a yang mengatakan:
“Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan”.


2. Di sudut kejiwaan pula, ukhuwwah merupakan satu keperluan kerjasama, turut merasai keperluan-keperluan saudara-saudara yang lain dan berusaha memenuhi keperluan tersebut sebagai menyahut tuntutan sabda Rasulullah s.a.w:
“Jika sekiranya seorang dari kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan memenuhi keperluannya (dan baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda) amalan itu lebih utama dari dia beriktikaf selama dua bulan di dalam masjidku ini”. (Hadis riwayat Al-Hakim dan dia mengatakan bahawa sanad-sanadnya sahih).
3. Persaudaraan juga adalah kerjasama di bidang kebendaan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seseorang yang berada di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya”.
4. Ukhuwwah adalah tanggungjawab kemasyarakatan yang merangkumi kewajipan-kewajipan yang ringkas. Sehubungan dengan perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda:
“Hak seseorang Muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara: (1)Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam, (2) Apabila dia menjemputmu maka penuhilah jemputannya itu, (3) Apabila dia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya, (4) Apabila dia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit, (5) Apabila dia sakit hendaklah engkau menziarahinya dan (6) Apabila dia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya”. (Hadis riwayat Muslim).
5. Ukhuwwah juga bererti kemesraan, kasih-sayang dan saling bantu-membantu. Berhubung dengan perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda:
“Janganlah kamu saling memutuskan hubungan silaturahim, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad dengki. (Sebaliknya) jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari”. (Hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie).
Rasulullah s.a.w juga bersabda:
“Janganlah kamu memandang rendah terhadap sesuatu kebaikan, walaupun dengan cara bermanis muka ketika bertemu saudaramu (kerana itu juga satu kebaikan)”. (Hadis riwayat Muslim).
Rasulullah s.a.w juga bersabda:
“Setiap perkara kebaikan adalah sedekah. Sesungguhnya di antara perkara mitu ialah bermanis muka ketika bertemu saudaramu dan menolong memenuhi bejana saudaramu dengair”. (Hadis riwayat ).
Rasulullah s.a.w juga bersabda:
“Hendaklah kamu saling memberi hadiah kerananya kamu saling berkasih-sayang dan akan jauhlah permusuhan”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
6. Ukhuwwah menurut ajaran Islam ialah keghairahan dan setia kerana Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang mempertahankan maruah kehormatan saudaranya nescaya Allah akan menjaga wajahnya dari seksaan api neraka di hari kiamat”. (Hadis riwayat Tirmizi).
Baginda juga bersabda:
“Doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain (sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui doa tersebut) adalah doa yang pasti diperkenankan, di sisinya terdapat malaikat yang ditugaskan di mana setiap kali ia mendoakan kebaikan atau keselamatan untuk saudaranya, malaikat yang ditugaskan itu berkata: Amin dan bagimu seperti itu juga”. (Hadis riwayat Muslim).
SYARAT-SYARAT UKHWAH
a. Ukhwah yang dibina berlandaskan keihklasan kerana Allah swt. Ukhwah yang dibina berlandaskan keihklasan dan bebas dari sebarang elemen atau sifat kepentingan peribadi atau kerana kepentingan seseorang.
Imam Muslim telah meriwayatkan satu hadis di dalam sahihnya yang menceritakan soalan malaikat kepada seorang lelaki yang ingin menziarahi saudaranya di sebuah kampong.
Malaikat itu bertanya, “Ke mana kamu hendak pergi?”
Jawab lelaki itu, “Aku ingin menziarahi saudaraku di kampong ini”.
Malaikat itu bertanya lagi, “Adakah kamu mempunyai sebarang kepentingan di sana?”
Lelaki itu menjawab, “Tidak melainkan aku menyintainya kerana Allah.”
Kemudian malaikat itupun berkata, “Sesungguhnya aku adalah utusan Alah yang diutuskan oleh Allah kepadamu untuk menyatakan bahawa Allah menyintaimu sebagaimana sahabatmu keranaNya”.
b. Mestilah disertai dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt.
Seseorang Muslim itu mestilah memilih sahabatnya yang soleh dan bertaqwa supaya dapat membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada dirinya. Nabi Muhammad saw telah menjelaskan akan kepentingan memilih sahabat yang baik sebagaimana yang disabdakan Baginda yang bermaksud:
“Perumpamaan orang yang berkawan antara orang yang baik dengan orang yang jahat adalah seperti seseorang yang membawa minyak wangi dan seorang yang meniup dapur tukang besi. Orang yang membawa minyak wangi, mungkin dia akan memberikan kepadamu atau mungkin kamu akan membeli daripadanya dan mungkin kamu akan dapat bau yang harum daripadanya. Manakala orang yang meniup dapur tukang besi, mungkin beliau akan membakar pakaianmu, atau mungkin kamu akan mendapat bau yang tidak elok (daripada besi tersebut).” (Muntafaq ‘Alaih)
Namun demikian, ia tidak beerti kita tidak boleh langsung berkomunikasi atau bersahabat amaada kepada golongan yang tidak baik atau kafir, tetapi di dalam konteks ini kita mestilah istiqomah agar tidak terjebak atau terpengaruh dengan sebarang keburukan. Sebaliknya kita yang menguasai situasi sebagai pendakwah. Contohilah ikan yang tidak masin isinya walaupun hidup di dasar lautan.
c. Mereka yang berukhuwwah mestilah melazimi diri dengan manhaj Islam.
Syarat yang seterusnya bagi mereka yang berukhwah ini mestilah melazimi diri mereka dengan peraturan ataupun manhaj Allah swt sebagaimana yang terdapat di dalam ajaran Islam. Sumber penyelesaian pertikaian ataupun masalah mesti dirujuk kepada al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah saw. Sebagaimana Sabda Nabi saw yang bermaksud:
“Dan dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, berkumpul keranaNya dan berpisah keranaNya”.
Jika disoroti kepada perjalanan hidup para sahabat, apabila mereka bertemu mereka tidak berpisah sehinggalah salah seorang daripada mereka membaca Surah al-Asr dan mengucapkan salam sesama mereka. Ini adalah di antara contoh yang menunjukkan bahawa mereka nerkasih sayang berteraskan manhaj Islam dan di atas dasar keimanan serta amal soleh.
d. Mempraktikkan amalan nasihat-menasihati.
Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah swt di dalam Surah al-Asr:
“Demi masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran (di atas kepahitan kebenaran)”
e. Ukhuwwah yang melaksanakan konsep saling tolong menolong samada dalam susah atau senang.
Di dalam Islam, persaudaraan adalah sesuatu yang teramat penting sebagai asas kepada perjuangan. Rasulullah saw dan juga para sahabat telah menunjukkan contoh yang terbaik di dalam membantu dan menolong sesama mereka. Mereka saling lengkap-melengkapi tidak kira dalam masa Nabi berada di Mekah ataupun tatkala Islam berkuasa di Madinah. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Perumpamaan orang mukmin itu dalam perkara berkasih sayang dan saling cinta-menyintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggota tubunhnya berasa sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasai akan kesakitannya”  (Muntafaq ‘Alaih)
Hak-Hak Ukhwah
a. Memberi salam

b. Menjawab salam

c. Menziarahi sahabat yang sakit.

d. Mengiringi jenazah

e. Memenuhi undangan.

f. Mendoakan sahabat ketika bersin.

g. Menolong mereka yang dizalimi.

h. Memberikan perhatian kepada nasihat yang diberikan.

i. Menolong mereka yang kesusahan.
Selain itu Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ ulum Al-Din telah menggariskan 8 perkara yang perlu ditunaikan dalam persaudaraan Islam:
1) Saling tolong menolong samada dalam keadaan senang ataupun susah. Sebagaimana Hadis Nabi saw yang bermaksud:  “Perumpamaan dua orang yang bersaudara itu adalah umpama kedua-dua tangan yang mana salah satunya membasuh tangan yang lain”
2) Menolong saudara kita untuk menyelesaikan hajatnya sebelum diminta.
3) Diam atau tidak memperkata atau menyebarkan keaibannya samada semasa dia ada atau tidak dan tidak mencari-cari kesalahannya.

4) Menebarkan kebaikannya dan memanggilnya dengan nama yang baik. Saidina Umar pernah berkata: “tiga perkara, apabila kamu lakukan, maka akan terjalinlah kasih sayang; iaitu yang pertama, apabila bertemu mulakan salam, yang kedua; lapangkan tempat duduknya di dalam majlis dan yang ketiga panggillah dengan panggilan yang baik.

5) Nasihatilah dia dengan cara yang lembut sekiranya dia terlalai atau melakukan dosa.

6) Mendoakannya semasa hidup atau selepas kematiannya.

7) Menghormati semua rakan-rakan dan kaum kerabatnya.

8) Tidak memberati sahabat kita dengan apa-apa yang boleh menyusahkannya.
KESATUAN AQIDAH
Ia merupakan faktor terasas dalam pembentukan Wahdatul Amal dan Wahdatul Fikr. Tumpuan utama dalam menyatupadukan Aqidah ialah dengan mentauhidkan Allah kerana tuntutan tauhid adalah bertunjangkan Rububiyyah dan Uluhiyyah. Tauhid yang diimani inilah yang menjadi asas kefahaman yang jelas seterusnya melahirkan amal Islami yang ikhlas. Firman Allah swt yang bermaksud:
“Tidak ada paksaan di dalam (memasuki) agama (Islam). Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar dan yang sesat. Kerana itu, barangsiapa yang ingkar kepada taghut lalu mereka beriman kepada Allah, seungguhnya mereka telah berpegang kepada tali Allah yang amat kuat dan tidak akan ia putus. Dan Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”  (al-Baqarah : 256)
Berdasarkan Sirah Rasulullah saw, baginda pada permulaannya telah menjalankan usaha memperbetulkan aqidah masyarakat daripada kekotoran syirik dan kufur kea rah mengesakan Allah bagi mencapai kesatuan ummah. Manakala menurut Hassan al-Banna pula, beliau mengelakkan daripada berlaku perpecahan dengan memberikan kefahaman yang jelas dan menutup pintu penyelewengan.
KESATUAN AMAL DAN MATLAMAT
Hasil daripada kesatuan fikrah dan kefahaman, maka akan lahirlah kesatuan amal dalam jemaah kea rah matlamat yang satu. Apa yang paling penting dalam merealisasikan kesatuan amal dan matlamat adalah wala’ dan taat yang mutlak kepada Allah, Rasul dan ketaatan kepada jalan yang benar kepada pimpinan. Segala yang diputuskan oleh pimpinan perlu ditaati selagimana ia tidak bercanggah dengan syariat. Keingkaran kepada perkara tersebut dan saling merasa hebat akan mewujudkan perpecahan dalam jemaah biarpun wujudnya kesatuan fikrah di dalamnya.
Hassan Al Banna di dalam Risalah Ta’lim menganjurkan kepada Amal Islami yang serius. Menurut beilau, umat Islam apabila sibuk dengan amali, perdebatan akan berkurangan. Apabila umat Islam itu akan ditimpa kelemahan dan kemunduran serta kelunturan semangat ahli sekiranya mereka hanya sibuk berdebat yang akhirnya mewujudkan perpecahan.
Kesan daripada tiadanya amal dan system di dalam gerakan Islam dan dakwah, kita dapati banyak kumpulan yang mendakwa mereka sebagai badan Islam dan dakwah, sedangkan cara yang dilakukan adalah bertentangan dengan syara’. Oleh itu, tidak harus bagi sesiapa untuk samaada menyertai atau menyokong jalan tersebut walaupun matlamatnya adalah untuk Islam (matlamat menghalalkan cara).
Jalan atau cara yang perlu dilalui ahli gerakan dakwah ialah:
a. Iman yang mendalam.
b. Kefahaman asas yang mantap.

c. Pembentukan dan perancangan yang rapi.

d. Bekerja dan beramal dengan berterusan dan ikhlas.
Manakala matlamat umum ukhuwah Islam adalah untuk mendapatkan Mardhatillah dengan berusaha melaksanakan tugas mendaulatkan Syariat Islam sebagai sebuah kuasa yang memerintah. Daulah Islamiyyah yang dimaksudkan adalah yang berteraskan ajaran Tauhid bukannya dari pemikiran Orientalis atau golongan Sekular dan ia menjadi kewajipan kepada setiap individu muslim.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More