Chat Box

Pages

Thursday, December 23, 2010

Ada Masalah Ke Dengan Program 100 Hari?


Pada hari ahad yang lalu(19 Disember 2010), Pakatan Rakyat telah mengemukakan Program 100 Hari jika Pakatan Rakyat menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 dan berjaya memerintah kerajaan pusat. Walaubagaimanapun janji yang termeterai antara tiga parti komponen dalam Pakatan Rakyat semasa konvensyen Pakatan Rakyat telah mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak.

Datuk Seri Najib sewaktu ditanya berkenaan perkara ini, beliau mengatakan bahawa semua itu tidak berpaksi pada kekuatan sebenar PR. Sementara Tan Sri Muhyiddin Yassin pula seolah memperlekehkan usaha murni PR. Berkenaan perkara kelima dalam usul tersebut berkaitan mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap guru sebagai penghargaan kepada mereka.

Mengulas tentang perkara itu Muhyiddin berkata “Setiap guru RM500, jumlah guru di negara ini hampir 400,000 guru, bermakna perbelanjaan sebulan RM200 juta, setahun RM2.4 bilion. Tetapi dari segi implikasinya, naik gaji guru tetapi gaji kakitangan kerajaan seramai 1.2 juta, tidak naik. Adakah guru sahaja yang diberi tawaran, kenapa tidak ditawarkan kepada kakitangan kerajaan yang lain, boleh jadi bankrap kita.

Dua tokoh yang berada di posisi paling atas dalam hirarki kerajaan Malaysi memberikan tanda kepada rakyat bahawa mereka cemas dengan apa yang diutarakan oleh Pakatan Rakyat. Jelas kita dapat lihat bahawa PM kita menggelabah apabila PR dilihat benar-benar membuat persediaan untuk menakluk Putrajaya dan membetulkan segala penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin yang zalim dan korup.Ini jelas dapat dilihat dalam satu ucapan Najib semalam(22 Disember 2010)

Sedangkan sebahagian tokoh dalam pakatan termasuk Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS mempersoalkan PM dan TPM ekoran kenyataan mereka yang program 100 hari itu tidak berpijak di bumi nyata. Beliau lantas mempersoalkan tindakan kerajaan dalam pembinaan Menara Warisan bernilai RM 5 bilion dan komisyen RM 500 juta seorang kroni dalam pembelian kapal selam.

Apa yang dapat dilihat adalah jelas bahawa kerajaan takut kerana mereka tahu seandainya Pakatan Rakyat menang maka janji ini akan menjadi kenyataan. Bahkan ekonomi negara akan bertambah stabil. Satu bukti yang dapat kita lihat bagaimana Kerajaan Kedah boleh meningkatkan hasil balak daripada RM 7 juta semasa pemerintahan BN kepada RM 35 juta. kenaikan melebihi 300%. Kerajaan Pulau Pinang juga telah berusaha untuk membela nasib warga emas dengan peruntukkan yang lebih munasabah..

Maka di sini, seluruh rakyat Malaysia harus sedar dan tidak boleh tertipulagi dengan janji pemimpin yang sering bermanis mulut untuk membela rakyat tetapi pada hakikatnya merekalah yang mengikis hak rakyat yang sudah lama dikhinati selama lebih 50 tahun.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More