Chat Box

Pages

This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Thursday, December 30, 2010

KENYATAAN MEDIA : MISI KHAS BANTUAN KEMANUSIAAN GUNUNG MERAPI, YOGYAKARTA

KENYATAAN MEDIA (29 DISEMBER 2010)

MISI KHAS BANTUAN KEMANUSIAAN GUNUNG MERAPI, YOGYAKARTA

Bersyukur kepada ALLAH Tuhan sekalian alam yang memberikan kesempatan untuk kita menikmati kehidupan. Saban tahun bencana alam terjadi dan pada akhir Oktober 2010, dunia digemparkan dengan letusan Gunung Merapi yang serius di Yogyakarta, Indonesia.

Atas kesedaran semangat kemanusiaan dan tolong menolong, sebuah misi khas kemanusiaan akan dilancarkan pada 5 Januari 2011 hingga 8 Januari 2011 yang dianjurkan oleh Sekretariat Misi Khas Bantuan Kemanusiaan Gunung Merapi Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Sekretariat ini dianggotai oleh Rakan Masjid UTP (RMUTP), Majlis Perwakilan Pelajar UTP (MPPUTP), Unit Sokongan Kolej Kediaman UTP (RCSU UTP), Kelab Media dan Teknologi UTP (MEDTECH), Hal Ehwal Siswi UTP (HELWIUTP) dengan kerjasama Alumni UTP dan South East Asian Regional Assembly of Muslim Youth (SARMY). Misi ini merupakan misi kedua yang dilancarkan selepas misi pertama ke Padang pada awal Januari 2010.

Sehingga kini, lebih daripada 350 000 orang telah terkesan dengan dahsyat akibat daripada letusan Gunung Merapi. Dilaporkan bahawa 353 orang maut disebabkan bencana tersebut, kebanyakannya akibat daripada arus debu yang panas. Perhubungan udara dan darat juga banyak terganggu. Kini semakin ramai yang merana dan terpaksa bersusah payah menghadapi saat-saat getir hidup dalam ketakutan, trauma, kemiskinan dan kesusahan.

Justeru, misi selama 4 hari ini berhasrat untuk membantu penduduk Yogyakarta dalam pembinaan semula infrastruktur yang penting seperti membangun perkara asas Pusat Komuniti Sejahtera, perbetulan saliran paip, pemberian alatan sekolah, penyerahan bantuan khas, membaik pulih kebun tanaman dan motivasi menghilangkan trauma kepada masyarakat dan anak-anak yatim. Sesungguhnya semua ini memerlukan bantuan dan sokongan padu dari seluruh rakyat Indonesia dan Malaysia sendiri dari segi kewangan dan doa.

Misi ini juga bercadang untuk membina jaringan perhubungan bersama badan-badan bukan kerajaan (NGOs) kemanusiaan di Malaysia dan Indonesia serta membina hubungan baik sesama mahasiswa Malaysia dan Indonesia. Sesungguhnya, dengan adanya perhubungan ini akan memberi kemudahan kepada warga Malaysia khususnya mahasiswa untuk mempelajari seni bantuan kemanusiaan. Hasil misi ini akan dikongsikan bersama warga Malaysia dan khususnya warga Universiti Teknologi PETRONAS yang memberikan sokongan penuh kepada misi khas ini.

Kami juga ingin menyampaikan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu kami secara langsung mahupun tidak langsung terutamanya mereka yang telah banyak menyumbang kewangan ke dalam tabung kemanusiaan Gunung Merapi ini. Sesungguhnya bencana ini memberi peringatan kepada kita untuk sentiasa bersyukur kepadaNYA dan memberi bantuan kepada yang memerlukan.

Zaiyinul Ain Bin Zainal Rafit

Pengarah Misi Khas Bantuan Kemanusiaan Gunung Merapi,

Merangkap Presiden,

Rakan Masjid Universiti Teknologi PETRONAS.

http://misiutp.blogspot.com

zain.ain90@gmail.com || 019-4549914

Thursday, December 9, 2010

RAKAN MASJID UTP - "HIJRATUR RASUL : PERUBAHAN HOLISTIK"


Alhamdulillah segala puji dan puja bagi Allah Rabb sekalian alam yang telah menyusun dengan baik sistem kehidupan makhlukNYA kerana dengan RahmatNYA kita masih diberi kurniaan nyawa dan kesempatan untuk terus beriman kepada Allah. Selawat dan Salam kepada Muhammad SAW yang telah memberikan teladan yang terbaik dalam segenap aspek kehidupan terutamanya kepada petugas amal Islami seperti yang di rekodkan oleh Allah dalam Al-Quran ;

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu uswatun hasanah (suri teladan yang baik) bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Al-Ahzaab: 21)



Saban tahun kita menyambut kedatangan Awal Muharram dan pada tarikh keramat ini jugalah dijadikan cuti umum bagi seluruh negara. Sesungguhnya peristiwa hijrah Rasul SAW dan para sahabat memberi makna yang lebih besar berbanding bergembira menikmati cuti umum.
Pembaca sekalian,
Peristiwa Hijrah Rasul SAW dari Mekah ke Madinah bukan sekadar perpindahan biasa yang selalu kita lakukan dan sebut-sebutkan. Hijrah mereka ini dipandu oleh wahyu Allah SWT yang pastinya sesuatu yang besar pasti akan berlaku. Kesusahan yang dialami oleh baginda Rasul dan para sahabat tidak sedikit pun menyebabkan mereka berganjak dari jalan dakwah dan jihad. Namun mereka tetap melakukan hijrah, mengapa? Adakah kerana ingin melarikan diri daripada seksaan kafir Quraisy? Jawapannya ialah TIDAK. Sesungguhnya hijrah mereka ini mendapat arahan daripada Allah dengan pelbagai cabaran dan dugaan untuk melakukan hijrah ini namun bayarannya sangat berharga iaitu berjaya mendirikan sebuah Daulah Islamiah (Negara Islam). Pernah Abu Bakar bertanya kepada Rasul SAW bilakah mahu berhijrah, namun Rasul SAW mengatakan akan ada orang yang menemani Abu Bakar untuk berhijrah (menunggu masa dan arahan untuk berhijrah).
Maka apa yang dapat kita ambil dari peristiwa ini? Telusuri semula kronologinya, perjuangan Rasul SAW di zaman Mekah dengan pelbagai usaha dakwah dan penanaman aqidah yang benar, disambung dengan penghijrahan yang mengubah umat Islam secara holistik kemudiannya berjaya menjadi umat Islam yang kuat dan disegani. Ini melambangkan bahawa perubahan yang sebenar-benarnya menuntut untuk kita berHIJRAH.
Pembaca sekalian,
Sudah sekian lama umat Islam berada dalam ’seksaan’ iman dan aqidah, ’bencana’ kerosakan masyarakat dan jati diri umat, dan ’ditindas’ dengan sistem yang mengongkong daripada berfikir tentang Islam tetapi usaha untuk ’memerdekakan’ umat Islam dan penanaman aqidah yang sejahtera juga sudah lama dilakukan. Namun mengapa nasib umat Islam masih berada dalam keadaan yang sama dan berganjak hanya sedikit? HIJRAH lah jawapannya! Sesungguhnya Hijrah Rasul SAW dan para sahabat menuntut kepada perubahan holisitik(menyeluruh) dalam diri umat Islam.
Hanya dengan perubahan holisitik dapat membantu umat Islam keluar daripada ’seksaan’, ’bencana’ dan ’penindasan’ tersebut dan seterusnya menjadikan umat Islam yang terbaik dan sejahtera. Firman Allah ;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Al-Baqarah: 208)

Pembaca sekalian,
Berhijrahlah dalam segala aspek kehidupan. Sebagai pelajar dan masyarakat umum, hijrahlah bermula dari perkara asas seperti prinsip hidup (Berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah) dan matlamat hidup (Mendapat redha Allah). Maka secara automatik segala perkara lain yang melibatkan ideologi dan pemikiran, ketokohan dan ikon, akhlak dan ibadat, keilmuan dan kebudayaan, syariat dan cara hidup akan menjurus kepada Islam yang mulia. Hanya pada saat inilah, umat Islam akan kembali ke tempat yang dimuliakan oleh Allah manakala masyarakat bukan Islam akan mendapat mendapat faedah daripadanya. Firman Allah;

والذين هاجروا في الله من بعد ماظلموا لنبوئنهم في الدنيا حسنة ولاجر الاخرة اكبر لو كانوا يعلمون
الذين صبروا وعلى ربهم يتوكلون

Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui. (Iaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal..(An-Nahl: 41-42)

Akhir kalam, Rakan Masjid UTP mengucapkan Salam Ma’al Hijrah 1432 H bersulamkan hadis ; diriwayatkan daripada Abdullah bin Habsyi, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud “Orang-orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah”
Sekian , terima kasih
Zaiyinul Ain Bin Zainal Rafit
(P) Presiden Rakan Masjid UTP

Saturday, October 23, 2010

HEDONISME – MASIH ADA JALAN KELUAR, KAMI SEDIA MEMBANTU


Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan rahmatNYA, Rakan Masjid UTP (RM UTP) berjaya bersemuka dengan Music Pursuit (MP) sekali lagi pada 21 Oktober 2010 untuk menerangkan saranan yang terbaik untuk penganjuran MP. Mesyuarat kali kedua ini dihadiri oleh 4 wakil Majlis Tertinggi Music Pursuit (MP), 2 wakil Majlis Tertinggi Rakan Masjid UTP (RM UTP) dan 2 wakil pelajar antarabangsa , (Sudan dan Somalia).

Pihak RM UTP terus melaksanakan proses penerangan kepada MT MP sebagai melaksanakan tuntutan dakwah seperti mana yang dilakukan oleh Rasul Junjungan Muhammad SAW kepada pembesar-pembesar di zaman baginda; berkenaan perkara-perkara yang pernah diutarakan dan penambahan untuk membuka mata dan fikiran ahli mesyuarat.

Persetujuan pertama ialah menyediakan ruang menonton alternatif (secara sukarela kepada penonton) mengikut jantina. Perbincangan kali ini bertujuan untuk melihat mana-mana ruang yang RM UTP boleh membantu dan RM UTP akan terus memberi komitmen untuk menjayakannya ketetapan yang ada mudah-mudahan MP diberi kekuatan untuk melaksanakannya.

Perbincangan juga menyentuh pembentangan hasil kajian oleh Unit Penyelidikan dan Pembangunan RM UTP berkenaan Masalah Remaja Malaysia dan penyelesaiannya secara Perniagaan Sosial (Social Business). Diketahui umum bahawa kebanyakan rekod jenayah dilakukan oleh golongan Generasi Y (remaja).

Statistik (2009) menunjukkan 6401 kes jenayah dari 8809 kadar jenayah dilakukan oleh remaja Melayu, 30978 bayi luar nikah dihasilkan oleh pasangan Melayu yang belum berkahwin (1993-2003), 191141 kes penyalahgunaan dadah (2006) dilakukan oleh orang Melayu dan kadar pegangan ekonomi bumiputera juga antara yang terendah(2006).

Melihat generasai muda Melayu-Islam yang dalam keadaan merisaukan ini, pastinya disebabkan oleh faktor-faktor tertentu antaranya anak-anak remaja dibesarkan di dalam suasana pergaulan bebas dan hiburan semata-mata melebihi budaya keilmuan dan intelektual. Kajian menunjukkan remaja banyak terdedah dengan radio, kemunculan lambakan program hiburan realiti TV, konsert di serata negara, majalah-majalah dan pelbagai lagi bahan-bahan yang diterbitkan melalui media massa yang berperanan besar dalam membentuk pemikiran anak-anak kecil dan remaja hari ini dalam menerima budaya asing yang sedikit lari dengan nilai-nilai asal iaitu Islam.

Berdasarkan maklumat di atas, Malaysia yang sedang menuju negara Maju 2020 pastinya memerlukan kesemua rakyatnya berubah menjadi lebih baik dengan tidak meninggalkan mana-mana bangsa terutamanya Melayu yang menjadi penyumbang terbesar dalam masalah sosial. Sekiranya keadaan begini berterusan di luar sana dan di dalam institusi pendidikan, mereka yang berkenaan sedang menghancurkan sebahagian besar remaja yang bakal menggantikan tampuk kepimpinan syarikat-syarikat dan negara. Kurangnya remaja yang mampu berfikir akan melambatkan proses negara maju dan sekiranya hanya meninggalkan sesebuah bangsa yang ketinggalan dibelakang, pihak yang berkenaan boleh dipanggil ’racist’ kerana tidak mahu melihat kemajuan dikecapi oleh semua pihak.

Dalam sistem kapitalis, terdapat lubang-lubang yang boleh ditampung iaitu melalui ’Social Business’ yang mana sangat menekankan pendidikan dan bakti kepada masyarakat dan penduduk yang berurusan dengannya seperti yang dilakukan oleh PETRONAS. Antara faktor untuk membangunkan masyarakat ialah faktor budaya asal (origin of culture), dalam konteks remaja Melayu ialah nilai-nilai Islam itu sendiri yang dengan jelas melarang pergaulan bebas antara jantina apalagi dalam suasana menyaksikan konsert. Masyarakat perlu terus dididik dengan kerjasama semua pihak termasuk yang menjalankan ’perniagaan’. Di kampus, tidak kisahlah untuk melaksanakan apa sahaja program, tetapi nilai didikan terutama nilai Islam yang universal sifatnya perlu terus dilaksanakan. Antara cara mendidik Generasi Y ialah pendidikan melalui tindakan. Sebagai remaja yang mampu berfikir dengan matang seharusnya memahami sebab sesuatu tindakan dilakukan dengan syarat input perlu diberitahu dahulu.

Oleh itu, Rakan Masjid UTP tidak putus-putus untuk memberi penjelasan berkenaan panduan untuk memastikan program yang dijalankan mematuhi syariat Islam walaupun sedikit pada awalnya. Seharusnya tiba giliran pihak penganjur program untuk melaksanakan didikan melalui tindakan.
RM UTP tiada masalah dengan penganjuran MP sekiranya ianya dapat melaksanakan walaupun persetujuan pertama diatas. Perkara ini boleh dilaksanakan kepada semua program termasuk berbentuk ilmiah. RM UTP akan terus berbincang dan mencari ruang yang boleh untuk membantu sasaran dakwah yang luas ini. Justeru, RM UTP menyeru kepada masyarakat kampus untuk berfikir tindakan yang adil dan wajar sekiranya persetujuan di atas tidak dilaksanakan. RM UTP bukan menghukum tetapi sebagai wadah menyampaikan amanah ALLAH Taala.

Sekian, terima kasih.

Zaiyinul Ain Bin Zainal Rafit
Timbalan Presiden Rakan Masjid
Universiti Teknologi PETRONAS


Thursday, October 21, 2010

Islamic Fashion Festival?


Assalamualaikum WBT.
hayatinya:
[ Katakan kepada orang - orang perempuan yang beriman , supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga ke bawah dadanya .

Janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada suaminya , bapanya , bapa suaminya , anaknya , anak suaminya , saudaranya , anak saudaranya yang lelaki , anak saudaranya yang perempuan , perempuan muslimah , hamba sahayanya , orang - orang yang mengikutnya dari kalangan lelaki yang tiada syahwah kepada perempuan , atau kanak - kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan .
Jangan mereka berjalan sambil menggoyangkan kakinya supaya diketahui orang perhiasan yang tersembunyi . Bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah wahai orang - orang yang beriman mudah - mudahan kamu beroleh kejayaan . ]

(surah an Nuur ayat : 31)



Allahurobbi, Ilmu-ilmu Islam yang mudah diperloleh pada zaman ini tidak digunakan dengan betul bahkan berbangga dengan kejahilan yang ada. Perkara ini 'common sense' yang perlu ada pada seorang Ketua Negara dan Isterinya. Ini bukanlah contoh yang baik yang boleh diikut dan disanjungi oleh semua manusia hatta dikutuk dan dikeji oleh Allah dan seluruh mahkluk di langit.
Adakah dengan pelaksanaan IFF (Islamic Fashio Festival) ini akan meng'izzah'kan (nampak gah) Islam? Tidak sama sekali sahabat-sahabat sekalian, kami rakyat 1Malaysia sudah tidak sanggup untuk hidup di bawah kepimpinan seperti begini, bagaimanakah keberkatan dalam negara dapat diperoleh sekiranya begini? ayuh, ramai2 kita taubat dan insaf dengan keadaan ini, bukan sahaja perlu mendidik rakyat, malah orang tertinggi juga sudah kering air liur untuk didiknya.
Bacalah memo taubat oleh seorang yang perihatin dengan Islam :
p/s : maaf dengan gambar2 yang dipaparkan, sekadar renungan bersama

Memo Taubat Buat Rosmah

Oleh : Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi.

1. Astaghfirullah .... satu tindakan yang cukup memalukan , jahil lagi berniat jahat terhadap ajaran Islam yang suci ini. Lebih - lebih lagi penganjurannya dinaungi oleh orang besar negara .

2. Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion FestiVal [ IFF ] ini memang berasal dari Malaysia dan ianya diasaskan oleh Dato' Raja Rezza Shah sementara Datin Rosmah Mansur bertindak sebagai penaungnya [ founding patron ] .

3. Bukan sahaja pakaian yang diperagakan ini bertentangan dengan prinsip pakaian Islam , lebih malang mereka berani menghina Rasulullah saw dengan melakarkan nama baginda di pakaian yang sedemikian .

4. Jika bukan niat menghina Islam , tindakan apakah seperti ini ?sungguh memalukan . Saya tidak jangka mereka sejahil itu , sehingga tidak mengetahui bagaimanakah bentuk pakaian Islam yang sebenarnya , sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt . Firman Allah swt di dalam surah an Nuur ayat : 31

[ Katakan kepada orang - orang perempuan yang beriman , supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya danjanganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga ke bawah dadanya .
Janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada suaminya , bapanya , bapa suaminya , anaknya , anak suaminya , saudaranya , anak saudaranya yang lelaki , anak saudaranya yang perempuan , perempuan muslimah , hamba sahayanya , orang - orang yang mengikutnya dari kalangan lelaki yang tiada syahwah kepada perempuan , atau kanak - kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan .
Jangan mereka berjalan sambil menggoyangkan kakinya supaya diketahui orang perhiasan yang tersembunyi . Bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah wahai orang - orang yang beriman mudah - mudahan kamu beroleh kejayaan . ]

5. Datin Seri Rosmah telah diberikan peluang oleh Allah swt menjadi orang penting dan berpengaruh dalam negara ini . Suami Datin Seri adalah orang bertanggungjawab memimpin negara sebagai Perdana Menteri . Malang jika kedudukan yang dimiliki itu membawa Datin Seri jauh daripada Allah swt . apalagi secara terbuka menentang syariat Allah swt.

6. Baru - baru ini Datin Seri Rosmah berjaya mempengaruhi suami untuk menganugerahkan RM 111 juta bajet negara kepada PERMATA sebagai satu badan yang dipimpin oleh Datin Seri . Kini Datin Seri memiliki segalanya selain suami , iaitu harta dan takhta . Kemungkinan juga ia menjadikan Datin Seri Rosmah sebagai orang paling berkuasa di negara ini .

7. Namun kuasa bukanlah tiket untuk Datin Seri berbuat sesuka hati terutama terhadap agama Islam yang suci ini kerana ia adalah agama milik Allah swt Tuhan yang Maha Berkuasa . Tuhan yang memberi sedikit harta dan takhta kepada Datin Seri . Allah swt berhak dan mampu pada bila - bila masa sahaja menarik kembali segala nikmat yang dikurniakan justeru segala nikmat itu hanya ujian untuk melihatnya hambaNya bersyukur kepadaNya atau kufur .

8. Datin Seri Rosmah boleh memilih untuk bersyukur kepada Allah swt disamping segala keistemewaan dan kemewahan yang dimiliki , tetapi kenapa Datin Seri memilih untuk ingkar dan mempersenda Nabinya saw melalui tindakan Datin Seri menaungi Islamic Fashion Show yang jelas bertentangan dengan Islam ? dan pula menghina Rasulullah saw melalui satu khat nama Rasul yang ditulis secara terbalik pada pakaian murahan sebagaimana yang terdapat di dalam gambar di atas .

9. Tindakan Datin Seri Rosmah cukup meninggalkan kesan jengkel dan kesal dalam jiwa ummat Islam yang perihatin . Memandangkan Datin Seri Rosmah cukup berkuasa dalam negara ini , kenapalah tidak dijadikan kuasa yang dimiliki itu benar - benar memartabatkan Islam. Islamic Fashion Show adalah satu idea yang bijak tetapi malang salah pakaian yang di peragakan. Bukan begitu pakaian Islam . Jika Datin Seri keliru , bagaimanalah pakaian Islam yang sebenarnya , Datin Seri boleh merujuk kepada para mufti yang ramai dalam negara kita atau paling tidak Datin Seri boleh merujuk kepada 40 ulama' Muda yang baru - baru telah dirai dengan hebat lagi berprestij dikala mereka menyertai parti yang dipimpin oleh suami Datin Seri .

10. Justeru itu saya melihat jahil bukan alasan dan isunya di sini .Saya bimbang benar Datin Seri bersekongkol dengan pihak musuh - musuh Islam untuk menghina dan mempersendakan Islam lalu menjadikan Datin Seri sebagai boneka . Namun saya harap tidak begitu , sebaliknya apa yang saya harap ialah Datin Seri kembali kepangkal jalan dan bertaubat kepada Allah Azza wa Jalla terutama saat usia kita telah hampir ke penghujung .

11. Biarpun Datin Seri kelihatan masih sihat , muda , kaya dan berharta , namun suka saya mengingatkan kata - kata hikmah yang selalu dilafazkan oleh Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bahawamati tidak syarat sakit dan mati juga tidak syarat tua . Sementelah jika kita selalu sakit dan usia pula telah meningkat tua .

12. Datin Seri berdepan dengan amanah ummah . Datin Seri masih ada ruang dan peluang untuk berbakti kepada ummah dan mentaati Allah Azza wa Jalla.
Pertama , janganlah diulang lagi kesilapan serupa. Tarik diri dari terus menaungi program mungkar seperti penganjuran islamic Fashion Show yang menghina Islam dan mengelirukan ummah .

Kedua , melalui PERMATA yang dipimpin oleh Datin Seri , setelah memiliki peruntukan sedemikian banyak dari bajet negara [ RM 111 juta ] , mengatasi peruntukkan Sekolah Agama Rakyat [ RM 95 juta ] dan peruntukan rakyat marhain , Datin Seri sewajarnya manafaat kan anugerah tersebut untuk berbakti kepada agama , negara dan bangsa seperti mempertingkatkan bantuan pendidikan kepada pelajar luar bandar yang rata - ratanya tidak bernasib baik kerana faktor kemiskinan .

Juga membantu ibu tunggal dan anak - anak yatim di seluruh negara tanpa mengira dari parti manakah mereka warisi kemiskinan itu . Jadilah ibu kepada semua rakyat bukan hanya ibu kepada golongan bangsawan dan kenamaan . Rendahkan sayap untuk turun bersama rakyat , bukan hanya singgah dan berpaut di istana hinggap .

13. Andai Datin Seri terbaca atau membaca Memo Taubat yang saya hantar buat tatapan Datin Seri di alam cyber lalu ini , saya harap Datin Seri tidak marah kepada saya . Justeru saya hanya menyeru agar Datin Seri kembali kepangkuan Islam dengan melaksanakan suruhan Allah swt seperti menutup aurat lalu bertaubat kepada Allah swt atas kesalahan silam. Lantas pimpinlah tangan suami Datin Seri ke arah jalan yang betul agar ia menjadi Perdana Menteri yang juga taat kepada Allah swt .

14. Bicara atau Memo Taubat yang saya nukilkan ini memang tidak sedap di dengar oleh Datin Seri berbanding bisikan - bisikan para penasihat istana Datin Seri yang senantiasa mengampu dan memuji . Percayalah , kata - kata itu bukan kerana mereka kasihkan Datin Seri tetapi menjadikan Datin Seri lupa diri dan semakin angkuh di puncak bumi .










Kuasa Melayu hilang pada PRU-13?


Khairy Jamaluddin bersama Exco Pemuda menggenggam tangan semasa Persidangan Pemuda UMNO Malaysia di Dewan Merdeka PWTC, semalam.

KUALA LUMPUR 20 Okt. – Tiada satu pun parti yang mewakili orang Melayu, baik UMNO mahu pun Pas mampu mendapat seratus peratus undi daripada kaum itu sendiri pada pilihan raya umum akan datang.

Peringatan tersebut disampaikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kepada 795 orang perwakilan yang menghadiri perhimpunan agung pergerakan itu di sini hari ini.

Menurut Khairy, orang Melayu harus menerima hakikat bahawa undi mereka kini sudah berpecah sehinggakan di kebanyakan kawasan, perpecahan tersebut terbahagi dua disebabkan perbezaan fahaman politik, iaitu 50 peratus di satu pihak dan 50 peratus di pihak lain.

“Ini bermakna, siapa saja yang mahu menang mestilah mendapat sokongan daripada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.


“Sekiranya kita masih lagi berkhayal bahawa kita boleh menang tanpa sokongan mereka (undi bukan Melayu), 50 kerusi Parlimen Barisan Nasional (BN) sedia ada berada dalam bahaya.

“Sekiranya tiada usaha untuk mengamal kepimpinan inklusif lagi moderat, kepimpinan Melayu UMNO akan hilang pada pilihan raya umum akan datang umpama pepatah Melayu ‘bagai pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi’,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasarnya di Persidangan Pemuda UMNO di sini hari ini.

Khairy menambah, jika mahu mengharapkan undi orang Melayu semata-mata, harus diingat bahawa hanya terdapat 73 kerusi Parlimen yang mempunyai majoriti dominan Melayu sebanyak 70 peratus ke atas.

Beliau menegaskan, orang Melayu harus belajar daripada keputusan pilihan raya umum lalu di mana BN khususnya UMNO hampir kalah disebabkan hilang sokongan bukan Melayu.

Katanya, berdasarkan fakta sejarah kecuali penentangan terhadap Malayan Union dan perjuangan mencapai kemerdekaan, orang Melayu kerap berpecah terutama dalam pemahaman dan ideologi politik.

Lebih mengecewakan, jelas beliau, setiap kali cadangan atau usaha untuk menyatukan orang Melayu cuba dibangkitkan, ia sering disambut dengan sinis oleh pihak lain termasuk Pas.

“Malah dalam soal asas agama dan bangsa pun, Pas sanggup menolak tangan yang kita hulurkan dengan ikhlas kerana ketaksuban mereka kepada kuasa, sehingga yang haram menjad halal, yang mungkar menjadi makruf,” jelasnya.

Beliau menambah, tanggungjawab utama menarik sokongan bukan Melayu sudah semestinya terletak di atas bahu parti-parti komponen BN tertentu.

Katanya, apa yang penting sekarang, segala kelemahan perlu diatasi segera dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka wajar dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.

“Namun, dalam arena politik semasa, apatah lagi dengan gagasan 1Malaysia yang menjadi pegangan bersama, rakyat mahu melihat semua parti BN mengamalkan pendekatan muhibah, adil dan saksama.

“Kita tidak mahu menjadi pemimpin politik sesumpah sebagaimana yang wujud di pihak lawan, yang cakapnya tidak boleh dipegang, di mana lafaz janji yang hari ini ditutur kepada orang Melayu tanpa segan silu dipusing ceritanya bila ditutur kepada orang bukan Melayu,” katanya lagi.



APA KOMEN ANDA??

PAS dahului Umno gerak kerja di Galas


Ditulis oleh Wartawan Kita

GUA MUSANG, 20 Okt: PAS terus mendahului Umno dalam melaksanakan gerak kerja Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas apabila melancarkan jentera pilihan rayanya malam tadi.Sedangkan Umno masih lagi tenggelam dalam kemelut dalaman apabila difahamkan wujud dua nahkoda di Galas.
Pertembungan team Tengku Razaleigh Hamzah dengan Pemuda dan Wanita Umno Bahagian mulai kelihatan sekarang.
Selain itu kehadiran ribuan penduduk tempatan pula memberi satu isyarat Dun Galas seakan-akan sukar digugat Umno biar pun mempertaruhkan veteran parti itu, Tengku Razaleigh sebagai pengarah jentera pilihan raya BN di Galas.
Di antara ribuan yang hadir dengan bersesak-sesak di hadapan Markas Besar PAS Dun Galas kelihatan ramai masyarakat bukan Islam termasuk orang Cina dan India.
Situasi itu kelihatan berlainan berbanding dengan pilihan raya kecil Dun Manek Urai pada Julai tahun lepas kerana tiada ragam kaum yang hadir pada pelancaran jentera pilihan raya PAS.
Pelancaran jentera pilihan raya PAS dilakukan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Hadir sama Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, kepimpinan PAS negeri dan wakil-wakil rakyat.
Permulaan yang baik itu disifatkan kalangan petugas media memberi kelebihan kepada PAS berbanding dengan Umno yang hanya mengharapkan bantuan sepenuhnya jentera kerajaan persekutuan.
Datuk Nasuruddin Daud menyifatkan kehadiran begitu ramai malam tadi membayangkan kehendak rakyat Galas bagi mengekalkan momentum Mac 2008.
Katanya dari awal lagi sudah kelihatan semangat pengundi di Galas bagi meneruskan perjuangan yang ditinggalkan Allahyarham Chek Hashim Sulaima.
Husam pula menyifatkan tiada rungutan ditimbulkan penduduk bukan Islam di Galas terhadap kerajaan negeri di mana ia menggambarkan penerimaan mereka terhadap kerajaan PAS.
“Orang Cina dan Orang Asli nampaknya berpuas hati terhadap prestasi yang ditunjukkan kerajaan negeri. Masalah pemilikan tanah di kalangan masyarakat Orang Asli diselesaikan.
“Biar pun masyarakat Orang Asli berada di bawah pengurusan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, namun kerajaan negeri berusaha menyelesaikan masalah tersebut,” katanya pada ceramah sempena pelancaran jentera pilihan raya PAS Dun Galas.
Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, kehidupan masyarakat di Dun Galas, Gua Musang mencerminkan keadaan sebenar rakyat Malaysia kerana mempunyai komposisi pelbagai kaum dan budaya.
Katanya, penduduk di Galas terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina, India dan Orang Asli.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz meminta rakyat yang mengundi Allahyarham Chek Hashim pada pilihan raya umum lalu terus kekal mengundi PAS bagi membolehkan perjuangan ditinggalkan wakil rakyat terbabit dapat diteruskan.
“Teruskan apa yang telah kita lakukan pada pilihan raya umum lalu, manakala bagi yang belum mengundi PAS hendaklah sama membantu bagi mengekalkan kemenangan pada pilihan raya lepas,” katanya.
Timbalan Presiden PAS pula membayangkan pilhan raya umum ke-13 diadakan lebih awal memandangkan usaha menggula-gulakan rakyat dilakukan perdana menteri ketika membentang Bajet 2011 pada persidangan parlimen Jumaat lalu.

APA KOMEN ANDA???

Thursday, August 26, 2010

korek Selangor sampai berlubang...


Isu pasir di Selangor. Walaupun isu ini sudah agak lama timbul, aku rasa terpanggil untuk menulis apabila memikirkan masih ramai yang belum cakna akan perkara ini. Sekadar menyuarakan pandangan sendiri dan melahirkan apa yang terbuku di hati. Sejak Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat, macam-macam pulak la isu yang ditimbulkan. Malas la nak mengungkit apakah isunya. Sekarang nak beri fokus pada isu pasir di Selangor.



Ini antara perkara berkaitan isu pasir yang ditimbulkan dalam akhbar.

Sejak isu pasir timbul, macam perkara tak elok yang ditujukan kepada PR di Selangor. Memang MB Selangor nak selesaikan masalah ni pon. Jika kita merujuk berita dalam mystar 19 Julai 2010 yang lalu, TPM menyuruh Selangor selesaikan sendiri masalah ini. Media melaporkan kerajaan negeri Selangor dilihat gagal menangani isu pasir di negeri itu apabila Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengemukakan surat kepada Muhyiddin untuk meminta kerjasama kerajaan pusat membantu menyelesaikannya. Muhyiddin kata kerajaan Selangor seharusnya menggunakan langkah yang sesuai dalam menangani isu itu kerana negeri itu mempunyai agensi mereka tersendiri. Lagipun, kerajaan pusat tidak mempunyai kuasa dalam bidang melibatkan tanah dan air. Isu pasir itu terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri bukannya kerajaan pusat.

Dalam UMNO Online, (http://umno-online.com/?p=14324), Pergerakan Pemuda UMNO Selangor menubuhkan Skuad Tindakan Khas bagi menangani isu melombong pasir secara haram di Selangor dan memantau keberkesanan serta kesungguhan tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri pakatan pembangkang. Ermm, kononnya wujud hanky panky dalam selangor. Antara kenyataan lain yang dibuat, “Banyak perkara yang tidak betul semenjak kerajaan negeri di bawah PKR, Khalid Ibrahim ini. Selangor kini jadi kucar-kacir, janji tidak tertunai dan paling teruk kerja-kerja mencuri pasir nampak dirancang dengan begitu rapi,” .

Say what ever u wanna say. Untuk pengetahuan semua, sekarang ini dah ada pasukan khas antirasuah pasir bawah SPRM dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) (http://www.malaysiakini.com/news/140917). Mungkin kali ni Noh Omar dah boleh diam kot, sebab sebelum ni dok asyik “tembak” Pakatan Rakyat ja. Semoga spekulasi Khir Toyo dan Noh Omar terjawab la. Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad (kiri) berkata, perkara itu(penubuhan pasukan khas) juga disebabkan permohonan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri dalam negeri dan ketua polis negara supaya menangkap pencuri pasir.

p/s: KSSB, bukan Korek Selangor Sampai Berubang, tapi Kumpulan Semesta Sdn Bhd ni sebenarnya dalah anak syarikat kerajaan negeri Selangor (http://www.semesta.com.my/v2/).

Pasukan khas yang ditubuhkan ni bertujuan supaya SPRM lebih bebas untuk memantau perjalanan operasi KSSB dan mengesan sekiranya ada prosedur yang boleh membuka ruang kepada rasuah. Lepas ni boleh la SPRM selak semula fail-fail yang lama, cari la perompak tu sampai dapat dan tunjukkan pada rakyat.

Cuba tengok statistik di bawah ni. Anda bijak menganalisa sendiri! Adakah selama ni pasir menjadi lubuk emas mereka yang memerintah pada ketika itu atau pun apa. Aku bukan nak menuduh cuma nak mengajak anda berfikir.



Sekarang ni, Tan Sri Khalid minta secara rasmi kepada Tan Sri Muhyidin Yasin, Datuk Seri Hishamudin Husin Onn, Ketua Polis Negera dan Ketua Polis Negeri supaya tangkap siapa yang mencuri pasir dan langgar undang-undang, maka terdiamlah hero2 pasir ni.

Diharap post ini dapat membuka minda para pembaca.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More