Chat Box

Pages

Monday, October 25, 2010

Wabak Dalam Negara

Krisis identiti bukan halangan



Persembahan Adam Lambert mampu menggamit kehadiran 15,000 peminatnya ke Stadium Putra Bukit Jalil baru-baru ini sempena Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010.


BANTAHAN daripada 500 ahli Dewan Pemuda Pas Pusat terhadap kehadiran naib juara American Idol kelapan, Adam Lambert tidak menggugat kelancaran konsertnya minggu lalu.
Konsert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010 itu menarik perhatian 15,000 peminatnya.
Atmosfera di dalam Stadium Putra Bukit Jalil ketika itu seakan kekurangan oksigen tatkala ribuan penonton itu hadir seawal jam 5 petang semata-mata ingin melihat sendiri jejaka berusia 28 tahun itu.
Walaupun secara terang-terangan Lambert mengakui dia seorang gay, ia tidak pun menjadi kekangan kepada peminat wanita untuk memujanya.
Buktinya, lebih separuh penonton pada malam itu terdiri daripada golongan wanita yang senantiasa memekik nama Lambert sepanjang konsert hampir dua jam itu berlangsung.






Assalamualaikum,
Sungguh cetek pemikiran serta ulasan berita yang dilakukan. Seolah-olah menyokong hedonisme yang mana merupakan salah satu asbab kepada terjadinya pelbagai masalah sosial yang berlaku di Malaysia ini. Kita selalu melihat di dada-dada akhbar, segala masalah, bantahan, cadangan, saranan, serta harapan yang dilakukan untuk memastikan masalah-masalah seperti ini tidak berlaku dan berulang. Tetapi, disebabkan kecetekan pemikiran pemimpin atau ketua yang diangkat dalam memimpin rakyat, akhirnya masalah ini tidak juga selesai malahan semakin menjadi-jadi.
Sesungguhnya, mencegah itu lebih baik dari mengubati. Prinsip yang paling mudah untuk kita fahami, lebih-lebih lagi perkara ini memang dituntut dalam Islam. Sebagai negara Islam, kita sepatutnya tidak lagi mempunyai alasan dalam memastikan perkara ini tidak berlaku. Islam itu mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan saya juga pasti bahawa agama-agama lain juga menuntut pengikutnya untuk mencari perkara yang baik. Kita sepatutnya malu sekiranya kita tak dapat menghalang kemungkaran ini daripada berlaku, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Bersyukurlah bahawa dalam kalangan kita ini masih ada lagi manusia yang sedar akan wabak-wabak yang merebak di dalam Malaysia ini yang akhirnya akan menghancurkan negara disebabkan tangan kita sendiri.
Wallahua'lam

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More