Assalamualaikum dan salam blogging.Baru-baru ini UTP Residential College Support Unit baru sahaja selesai agenda terbesar dalam kalendar tahunan mereka iaitu Mesyuarat Agung Tahunan atau Annual General Meeting(AGM).Seperti kebiasaannya AGM diadakan sebagai medan untuk kesemua Ahli RCSU untuk sama-sama duduk semeja bagi membincangkan hala tuju dan bermuhasabah tentang gerak kerja sepanjang satu penggal.AGM kali ini menyaksikan barisan kepimpinan bertukar tangan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada kepimpinan RCSU 2009/10 yang diketuai oleh Mohd Hamzah bin Nawawi atas kerja keras dan jerih perih kepimpinannya dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang dipikul.Seterusnya ucapan tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan RCSU 2010/11 yang terbaru yang diketuai oleh Abdul Muizz bin Ismail.Semoga kepimpinan terbaru ini dapat lebih terkehadapan dengan mengetuai segala isu-isu berkaitan pelajar di kolej kediaman.Saya yakin dan percaya kepimpinan baru ini mampu untuk pergi lebih jauh.Sesungguhnya jika hari esok tiada perubahan daripada hari ini, rugilah bagi golongan seperti ini.Teringat kata-kata daripada Soeharto, "Berikan aku 10 pemuda, maka aku akan menggoncangkan dunia".Semangat seperti inilah yang pemuda-pemudi harus ada dalam diri masing-masing.Namun harus diingat dengan hanya semangat semata-mata tidak akan mampu berterusan melainkan diiringi dengan kefahaman yang teguh.
Ihsan dari UTPDaily
On 9th of October (Saturday), an annual general meeting was conducted to elect the new high committees of RCSU for 2010/ 2011 session. The AGM was conducted successfully and new line of HICOMS was created:
PRESIDENT: Abdul Muizz bin Ismail
DEPUTY PRESIDENT: Muhammad Muzammil bin Abdul Munir
VICE PRESIDENT 1: Nur 'Amirah binti Hassan
VICE PRESIDENT 2: Mohd Shahrul Ezwan bin Ismail
SECRETARY 1: Siti Nazirah binti Ramli
SECRETARY 2: Tay Mei Chen
TREASURER 1: David Bong
TREASURER 2: Adibah Hani Binti Azit
0 comments:
Post a Comment