Kenyataan Rasmi Presiden RMUTP. Konsert Hedonisme; Green Concert
Timbul rasa keperluan di pihak RMUTP untuk memberikan sedikit komentar berkenaan isu yang hangat ini.
Perlu difahami dengan sejelas-jelasnya bahawa RMUTP tidak sekali-kali menggunakan pendekatan busy body dan suka mengacau mana-mana pihak. RMUTP adalah sebuah pertubuhan profesional yang turut menganjurkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua warga kampus UTP tanpa mengira bangsa dan agama. Kami memahami betapa penatnya dalam penganjuran mana-mana event dan menghargai segala penat lelah yang telah diberikan oleh pihak penganjur konsert.
Sedarkah semua warga kampus bahawa tidak ada mana-mana pihak pun daripada RMUTP @ penganjur event-event hedonisme yang bertindak seperti perkara yang dinyatakan di atas? Realitinya, hampir setiap event hedonisme, RMUTP mengambil pendekatan untuk duduk semeja dan mencari penyelesaian melalui titik persamaan yang wujud bagi kedua-dua belah pihak.
Majoriti daripada warga kampus tidak mengetahui hal ini dan mengambil jalan mudah dengan mengatakan RMUTP bermusuhan dengan pihak-pihak yang terbabit. Namun, realiti sebenarnya, kami duduk semeja berbincang, makan semeja dan bersenda gurau dalam mencari penyelesaian terhadap segala permasalahan yang melanda.
Sejujurnya kami sedia maklum bahawa tidak semua resolusi yang dibincangkan bersama penganjur konsert hedonisme sebelum ini berjaya dijalankan dengan jayanya.
Sepanjang penubuhan RMUTP, tidak pernah walau sekali Presiden mengeluarkan kenyataan tidak membenarkan @ membenarkan mana-mana warga kampus terutamnya AJK Lajnah RMUTP untuk ke mana-mana konsert hedonisme. Maka, sebarang spekulasi mengenai penentangan terbuka RMUTP adalah tidak benar sama sekali.
Namun, adalah difahami daripada penjelasan di atas bahawa inilah konsert pertama yang mempunyai peluang untuk menepati apa yang digariskan Islam dan mungkin akan menjadi contoh kepada warga kampus dalam penganjuran event-event hedonisme selepas ini melalui resolusi yang telah dicapai sekiranya dilaksanakan.
Untuk Green Concert pada esok hari, kami berdoa supaya semua resolusi yang telah dicapai akan berjaya dilaksanakan. Semoga hasil meeting yang mensasarkan Green Concert sebagai contoh aktiviti konsert hedonisme di UTP yang merangkumi semua aspek dan menepati sasaran semua pihak berjaya dijayakan. Bagi RMUTP, integrasi melalui pemahaman dan perbincangan akan terus dijalankan dari semasa ke semasa untuk keharmonian agama dan kampus.
Insya-ALLAH.
http://secebiscoretan.blogspot.com/2010/10/kenyataan-rasmi-presiden-rmutp-konsert.html
Tuesday, October 5, 2010
Kenyataan Rasmi Presiden RMUTP. Konsert Hedonisme; Green Concert
Assalamualaikum wrt
Memahami bahawa tumpuan mata seluruh warga kampus sekarang sedang tertumpu kepada konsert hedonisme yang akan berlangsung dalam masa terdekat, RMUTP mengambil langkah untuk membangkitkan isu ini untuk perhatian warga kampus. Pada bulan ini sahaja, 3 konsert akan diadakan di UTP; Sesuatu yang agak membimbangkan sekiranya diperhalusi daripada aspek perkembangan intelektual kampus.
"Fokus utama pada kali ini tentulah konsert pertama yang akan diadakan semester ini, Green Concert yang akan dianjurkan oleh NGC pada hari esok, 5 Oktober 2010 (Selasa)"
Pendirian RMUTP
"RMUTP juga bukan tempat menghukum tetapi tempat untuk memberikan pemahaman kepada warga kampus dan menjaga kebajikan warga Muslim di UTP"
"Tidak semua pihak memahami Islam sepenuhnya, maka menjadi tanggungjawab kepada sesiapa/golongan yang diberikan kelebihan kefahaman daripada Allah Taala untuk menyampaikannya kepada umum"
Sabda Rasulullah saw;
"Sampaikanlah daripada aku walaupun sepotong ayat"
Firman Allah Taala;
Hendaklah ada satu golongan di antara kamu yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah daripada kemungkaran. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung (Surah al-Imran; 104)
Hubungan Dingin RMUTP-Penganjur Event-event Hedonisme?
Suatu ketika dahulu, ana sendiri tertanya-tanya kenapakah poster RMUTP pernah dikoyakkan, diconteng dan sebagainya. Kenapa pula poster event-event hedonisme dibuang dalam tong sampah, diboikot dan sebagainya.
"Timbul persolan, pihak manakah yang sebenarnya terlibat dalam hal ini?"
"Wujudkah perasaan benci dalam diri kedua-dua belah pihak? Benarkah wujudnya RM Phobia di UTP? Benarkah RM memboikot 100% event-event hedonisme di UTP?"
"RMUTP pada kepimpinan kali ini ingin mengambil pendekatan untuk memaklumkan kepada umum mengenai pendekatan dan inisiatif yang telah dan akan diambil oleh RMUTP dalam isu hedonisme melalui posting ini. Insya-ALLAH"
Pada kepimpinan kali ini, RMUTP telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan meeting bersama Majlis Tertinggi Talent Search, Music Persuit, Euphonious dan yang terbaru Green Concert. Tidak lupa juga bersama Konsert Convofair dalam masa terdekat.
"Sebarang spekulasi mengenai hubungan dingin antara kedua-dua belah pihak, pendekatan RMUTP yang tidak mesra dan menentang adalah sama sekali tidak tepat dan berdasarkan kepada ketidakfahaman warga kampus sahaja"
Berikut ana maklumkan antara resolusi Meeting yang dijalankan antara RMUTP dan konsert-konsert hedonisme yang ana pernah pengerusikan.
Talent Search 2009
Euphonious 2010
Music Persuit 2010
Green Concert 2010
Kami sentiasa mencari ruang dan peluang dalam mewujudkan integrasi dan kefahaman yang jitu bagi warga kampus UTP. Tentunya usaha-usaha RMUTP untuk duduk semeja dan mencari penyelesaian dalam setiap kemelut yang melanda membuktikan bahawa RMUTP komited dan berusaha sedaya upaya untuk membina hubungan yang baik dengan semua golongan tanpa mengira sebarang perbezaan yang wujud.
"Sejujurnya kami masih mencari ruang-ruang yang membolehkan RMUTP tidak lagi menentang penganjuran konsert hedonisme di UTP. RMUTP sentiasa berusaha memberikan kefahaman dan mendoakan agar konsert hedonisme yang dijalankan di UTP mengikut lunas-lunas yang telah digariskan oleh Islam dan tidak melampaui batas yang ditetapkan Islam. Hal ini penting memandangkan majoriti penonton yang hadir adalah beragama Islam dan menjadi tanggungjawab kami untuk menjaga kebajikan warga Muslim di UTP"
RMUTP dan pendirian terhadap Green Concert
Sejujurnya, berdasarkan resolusi meeting yang pernah dicapai sepanjang mesyuarat yang dijalankan dengan penganjur konsert hedosisme setakat ini, Green Concert yang akan berlangsung pada esok hari adalah ruang terbaik setakat ini untuk RMUTP menyokong dan menunjukkan kepada warga kampus integrasi dan kefahaman yang wujud antara RMUTP-Konsert Hedonisme. Segala perancangan yang ditetapkan NGC dan persetujuan yang dicapai melalui mesyuarat untuk Green Concert menepati apa yang digariskan oleh Prof Yusof al-Qaradawi, Pemimpin Ulama' Dunia Islam mengenai hiburan dalam Islam.
"Namun fahamilah warga kampus sekalian, bahawa pendekatan RMUTP adalah memahamkan dan bukan memaksa. RMUTP percaya segala perancangan yang telah dirancang tidak berjaya dijalankan atas sebab-sebab yang tertentu dan sentiasa komited untuk terus berbincang dan mencari penyelesaian"
"Kami tidak pernah mengkritik sahaja seperti sesetengah pihak tetapi kami mengambil pendekatan memahamkan dan berbincang kerana itu adalah kewajipan kami dalam usaha dakwah yang direncana oleh RMUTP dan diamanahkan oleh Allah Taala"
Statement Rakan Masjid
"Untuk Green Concert yang akan diadakan dalam masa terdekat, RMUTP tetap mengambil pendirian yang sama untuk tidak mengeluarkan statement rasmi daripada RMUTP untuk membenarkan/tidak membenarkan AJK RMUTP ke sana memandangkan konsert ini bukan dalam kawalan kami dan kami tetap tidak mampu menjanjikan dan memastikan segala resolusi yang dicapai akan dilaksanakan oleh pihak penganjur. Untuk Green Concert, terpulanglah kepada warga kampus untuk menilai dan membuat pertimbangan masing-masing"
Kepada pihak NGC, ana berdoa semoga antum boleh mempertahankan resolusi yang telah dipersetujui bersama. Jauh di sudut hati kami, kami tetap risau dengan lambakan penganjuran konsert hedonisme yang bercambah seperti cendawan di kala hujan di UTP.Akhir kalam, nasihat/permintaan ana kepada semua penganjur konsert hedonisme; Jagalah suasana konsert dengan sebaiknya dan gunalah pendekatan motivasi, intelektual dan sebagainya yang memberikan kelebihan kepada kampus UTP melalui event-event yang dianjurkan. Sokonglah usaha-usaha intelektual yang menjadi nadi perjalanan kampus.
"Sekiranya pihak NGC berjaya menjalankan segala resolusi yang dibincangkan sebelum ini, maka tahniah ana ucapkan. Tidak mustahil NGC akan menjadi contoh kepada kerjasama terhebat di UTP dan akan menjadi contoh penganjuran konsert yang mengikuti lunas-lunas Islam dan perlu disokong oleh semua warga kampus tanpa mengira sebarang perbezaan sekiranya resolusi dijalankan sepenuhnya"
Penutup
0 comments:
Post a Comment