Chat Box

Pages

This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, August 30, 2010

CERAMAH PALESTIN DALAM BAHAYA

Politik Malaysia: Dari Sudut Pandang Mahasiswa.

Salam dari Padukasalaf,

Alhamdulillah...seminggu sudah  blog ini sepi tanpa sebarang catatan yang hadir. Marilah kita bersama-sama berkongsi ilmu dan berbincang berkenaan permasalahan ummat dan sebaiknya kita cuba untuk memberikan yang terbaik kepada masyarakat..

Tiga minggu yang lepas, saya mendapat emel berkenaan satu berita tentang sekolah untuk pelajar perempuan yang hamil di Melaka. Dan lebih-lebih lagi ada seorang pemimpin politik di Malaysia ini menyokong usaha ini dijalankan di peringkat nasional.



Bagi saya, hal ini menunjukkan Malaysia ditahap yang amat parah dari segi kes penzinaan yang berlaku dalam kalangan remaja. Dan berita mengenai Ketua Menteri Melaka yang menggalakkan remaja yang mampu untuk berkahwin awal juga adalah sesuatu yang mencurigakan kita sebagai rakyat Malaysia. Ya, bagi saya, memang tidak menolak untuk membenarkan remaja pada hari ini untuk berkahwin awal, tetapi adakah yang mampu untuk berkahwin awal mempunyai akhlak atau peribadi yang baik untuk menguruskan rumah tangga dari segi usia yang masih muda?? sekiranya ada, silakan..mudah-mudahan mereka yang berintelek dan bersahsiah  ini mampu untuk membawa keluarga kepada jalan yang sesuai dengan kehidupan yang berlandaskan syariat islam.

Apa yang saya lihat dari segi suasana politik Malaysia hari ini, pemimpin-pemimpin kita sibuk dengan isu-isu perpaduan, isu pasir, isu ketuanan melayu tetapi meninggalkan aspek-aspek yang bagi kita mungkin dilihat kecil tetapi kesannya begitu mendalam bagi Masyarakat kita pada masa depan iaitu akhlak para remaja sekarang ini.

Sehingga kini, kita masih lagi belum mendengar apa-apa rang undang-undang yang baru atau cadangan-cadangan yang boleh dibincangkan di kabinet mengenai masa depan masyarakat kita ini. Siapa yang perlu dipersalahkan??..Adakah ahli-ahli politik?? atau pemimpin yang memerintah negara ini.??

Slogan Satu Malaysia yang saban hari kedengaran dan wajib untuk mana-mana aktiviti kerajaan disertakan logo Satu Malaysia. adakah ini mampu untuk mengintegerasikan anak-anak Malaysia pada hari ini?? bagi saya yang masih menuntut ini pun masih lagi kurang melihat keberkesanan slogan yang dilaksanakan. sedangkan mantan Perdana Menteri kita, Datuk Seri Dr.Mahathir pun mengakui yang masyarakat Malaysia masih lagi kurang memahami konsep ini. malah ada  dalam kalangan mereka mencabar kerajaan Malaysia untuk lebih bersikap adil kepada semua kaum dan mungkin boleh menggugat ketuanan Melayu kini.

Kadang-Kadang kita masih samar dalam melihat arena politik Malaysia ini berjalan. kadang-kadang isu-isu yang begitu kecil diperbesarkan untuk mengaut keuntungan parti politik masing-masing sehinggakan masyarakat lain terabai dengan hiburan politik Malaysia.

Apa yang saya katakan ini bukanlah beerti saya menolak politik Malaysia. tetapi bagaimanakah kita sebagai mahasiswa mampu untuk mengubah senario politik Malaysia. Berbalik kepada masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja hari ini. Saya begitu takut dengan suasana yang berlaku dan begitu ramai pelajar yang terlibat dengan kes-kes muflis kerana terlibat dengan bisnes yang tidak menguntungkan dan penipuan yang berleluasa. Baru-baru ini, sahabat saya yang sedang berpraktikal di Kuala Lumpur telah kehilangan Lima (5) buah Laptop dan 3 Teelefon bimbit disebakan rumah dimasuki pencuri. Mungkin pencuri-pencuri ini dari kalangan pelajar sendiri atau sebaliknya. tetapi, apa yang ingin saya utarakan disini adalah masalah sosial dan akhlak dalam kalangan pelajar.

Disini peranan institusi kerajaan atau badan dakwah, parti politik islam yang benar perlu diadakan bagi memberi kesedaran kepada para remaja yang bermasalah ini. saya tidak ingin menyentuh banyak tentang parti politik islam di Malaysia ini walaupun saya sedikit sebanyak bersetuju dengan tindakan yang dilaksanakan oleh pihak mereka. mungkin boleh menjadi role model kepada kerajaan pada hari ini. (sekadar pandangan dan pendapat). bagi saya, walaupun kerajaan Malaysia diperintah oleh barisan nasional tidak beerti mereka bermaharajalela dalam melaksanakan sesuatu. Parti Politik Islam seperti PAS yang bersifat pembangkang juga memainkan peranan penting dalam mengharmonikan tindakan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. (chek and balance). Beerti disini mungkin cadangan atau pandangan dari pihak pembangkang boleh diteliti oleh pihak kerajaan. Tetapi, suasana di politik Malaysia ini ada-ada je yang menimbulkan masalah dan sampai sampai ke satu tahap isu tersebut tidak habis-habis dibincang dan tiada jalan penyelesaiannya.

Jadi, melihat kepada situasi ini, mungkin kita boleh memikirkan apa yang patut untuk kita laksanakan sebagai mahasiswa bagi mengubah suasan masyarakat dalam negara kita. Perlu diingat, bahawa sudah tidak lama lagi untuk kita mengkaji dan menilai pemimpin-pemimpin kita yang akan datang. Anda berhak untuk memilih dan bersedialah untuk mengharungi Pilihan Raya UMUM yang ke-13 nanti..kepada mahasiswa yang masih lagi belum medaftar, silalah membuat demikian secepat mungkin. kerana andalah yang mampu untuk membangunkan dan mengharmonikan negara ini dengan lebih baik..

Sekian sahaja dari saya, mungkin apa yang saya lontarkan ini boleh menarik anda kepada kerisauan masalah dalam masyarakat pada hari ini untuk anda bertindak dengan lebih bijak. Apa yang saya cuba sampaikan ini adalah sekadar pandangan saya sahaja dan tidak melibatkan mana-mana pihak. Insyaallah, perkongsiaan ini mungkin membawa kebaikan kepada anda. dan sekiranya tidak membawa kebaikan, maka jangan hiraukan tulisan ini..syukran kerana membaca.

sekian,
Mu!D PaDukasalaF.

Friday, August 27, 2010

Pengaruh Hedonisme???

Assalamualaikum dan salam perjuangan.

Akhir-akhir ini rakyat Malaysia dilambakkan dengan pelbagai cerita sedih pembuangan bayi. Satu isu yang berjaya ditonjolkan oleh media massa kepada rakyat jelata. Maka segala punca permasalahan dan penyelesaian cuba diutarkan oleh pakar akademik, ahli politik dan badan-badan NGO. Beberapa tahun sebelum ini kita dipaparkan dengan pelbagai kes ragut. Pada masa tersebut pelbagai cadangan penyelesaian telah diutarakan namun masih tidak menampakkan hasil yang cemerlang. Di sini saya ingin menyentuh salah satu faktor yang menyumbang kepada permasalahn di atas dan pelbagai masalah sosial lain dalam kalangan masyarakat sekarang seperti zina, bergaduh sesama ahli keluarga dan lain-lain.


Saya berani mengatakan bahawa budaya HEDONISME merupakan salah satu punca utama kepada masalah sosial masyarakat yang semakin meruncing. Hedonisme boleh didefinisikan sebagai falsafah yang menjadikan keseronokan menjadi matlamat utama dalam kehidupan. Daripada falsafah inilah yang menyebabkan wujudnya gaya hidup bertelanjang. Falsafah ini sememangnya mengutamakan keseronokan untuk memuaskan hawa nafsu tanpa memikirkan akibat di sebalik perbuatan tersebut. Budaya ini merupakan satu budaya yang tidak sihat tetapi semakin menular dalam budaya timur. Jika sebelum ini hedonisme lebih dikaitkan dengan budaya barat, akan tetapi budaya ini seakan-akan turut menjadi sebahagian daripada anak muda di Malaysia.

Berdasarkan definisi yang diutarakan di atas, maka tidak salah seandainya saya mengatakan bahawa kesan daripada amalan hedonisme dalam masyarakat sekarang menjadi faktor utama kepada masalah buang bayi, zina , rogol, minum arak, clubbing dan sebagainya.

Jika kita perhatikan, gaya hidup kebanyakan masyarakat terutamanya anak muda masa kini memang telah larut dengan budaya hedonisme. Satu hakikat yang kita tidak boleh nafikan ialah lambakkan program realiti di televisyen. Apabila kita berbicara berkenaan Akademi Fantasia, Malaysian Idol, One in A Million, Sehati Berdangsa, Raja Lawak dan lain-lain lagi, program-program sebegini menjadi satu tarikan utama kepada masyarakat. Mungkin ada yang mengatakan bahawa program sebegini tidak kaitan langsung dengan hedonisme. Mungkin kenyataan ini benar. Akan tetapi jika kita mampu melihat dengan lebih jauh kita pasti akan dapat merasai dan menyedari bahawa kesan program-program sebegini menyebabkan anak-anak muda telah dimomokkan dengan hiburan yang berlebihan.

Kita sememangnya tidak boleh menghalang masyarakat, anak-anak muda bahkan golongan dewasa sekalipun untuk berhibur kerana memang menjadi fitrah kejadian manusia itu perlukan kepada hiburan untuk menjadi ubat kepada tekanan yang dihadapi akibat daripada tugasan seharian yang padat. Tetapi apabila hiburan itu menjadi salah satu daripada perkara utama dalam kehidupan sehinggakan wujud kerjaya sebagai penghibur sepenuh masa untuk menampung kehidupan, maka hal ini telah menzalimi fitrah. Tambah menyedihkan apabila majoriti masyarakat yang larut dalam budaya ini ialah golongan Melayu beragama Islam. Mereka mungkin terjebak tanpa sedar kerana budaya ini merupakan satu virus yang halus yang menyerap dalam masyarakat kita pada hari ini.

wallahua'lam.

Thursday, August 26, 2010

Raising Fund for Pakistan's Flood Disaster

korek Selangor sampai berlubang...


Isu pasir di Selangor. Walaupun isu ini sudah agak lama timbul, aku rasa terpanggil untuk menulis apabila memikirkan masih ramai yang belum cakna akan perkara ini. Sekadar menyuarakan pandangan sendiri dan melahirkan apa yang terbuku di hati. Sejak Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat, macam-macam pulak la isu yang ditimbulkan. Malas la nak mengungkit apakah isunya. Sekarang nak beri fokus pada isu pasir di Selangor.



Ini antara perkara berkaitan isu pasir yang ditimbulkan dalam akhbar.

Sejak isu pasir timbul, macam perkara tak elok yang ditujukan kepada PR di Selangor. Memang MB Selangor nak selesaikan masalah ni pon. Jika kita merujuk berita dalam mystar 19 Julai 2010 yang lalu, TPM menyuruh Selangor selesaikan sendiri masalah ini. Media melaporkan kerajaan negeri Selangor dilihat gagal menangani isu pasir di negeri itu apabila Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengemukakan surat kepada Muhyiddin untuk meminta kerjasama kerajaan pusat membantu menyelesaikannya. Muhyiddin kata kerajaan Selangor seharusnya menggunakan langkah yang sesuai dalam menangani isu itu kerana negeri itu mempunyai agensi mereka tersendiri. Lagipun, kerajaan pusat tidak mempunyai kuasa dalam bidang melibatkan tanah dan air. Isu pasir itu terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri bukannya kerajaan pusat.

Dalam UMNO Online, (http://umno-online.com/?p=14324), Pergerakan Pemuda UMNO Selangor menubuhkan Skuad Tindakan Khas bagi menangani isu melombong pasir secara haram di Selangor dan memantau keberkesanan serta kesungguhan tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri pakatan pembangkang. Ermm, kononnya wujud hanky panky dalam selangor. Antara kenyataan lain yang dibuat, “Banyak perkara yang tidak betul semenjak kerajaan negeri di bawah PKR, Khalid Ibrahim ini. Selangor kini jadi kucar-kacir, janji tidak tertunai dan paling teruk kerja-kerja mencuri pasir nampak dirancang dengan begitu rapi,” .

Say what ever u wanna say. Untuk pengetahuan semua, sekarang ini dah ada pasukan khas antirasuah pasir bawah SPRM dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) (http://www.malaysiakini.com/news/140917). Mungkin kali ni Noh Omar dah boleh diam kot, sebab sebelum ni dok asyik “tembak” Pakatan Rakyat ja. Semoga spekulasi Khir Toyo dan Noh Omar terjawab la. Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad (kiri) berkata, perkara itu(penubuhan pasukan khas) juga disebabkan permohonan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri dalam negeri dan ketua polis negara supaya menangkap pencuri pasir.

p/s: KSSB, bukan Korek Selangor Sampai Berubang, tapi Kumpulan Semesta Sdn Bhd ni sebenarnya dalah anak syarikat kerajaan negeri Selangor (http://www.semesta.com.my/v2/).

Pasukan khas yang ditubuhkan ni bertujuan supaya SPRM lebih bebas untuk memantau perjalanan operasi KSSB dan mengesan sekiranya ada prosedur yang boleh membuka ruang kepada rasuah. Lepas ni boleh la SPRM selak semula fail-fail yang lama, cari la perompak tu sampai dapat dan tunjukkan pada rakyat.

Cuba tengok statistik di bawah ni. Anda bijak menganalisa sendiri! Adakah selama ni pasir menjadi lubuk emas mereka yang memerintah pada ketika itu atau pun apa. Aku bukan nak menuduh cuma nak mengajak anda berfikir.



Sekarang ni, Tan Sri Khalid minta secara rasmi kepada Tan Sri Muhyidin Yasin, Datuk Seri Hishamudin Husin Onn, Ketua Polis Negera dan Ketua Polis Negeri supaya tangkap siapa yang mencuri pasir dan langgar undang-undang, maka terdiamlah hero2 pasir ni.

Diharap post ini dapat membuka minda para pembaca.

Wednesday, August 25, 2010

join us in subuh jemaah(girls only)


Assalamualaikum..

Good news for v5 villagers(girls only)!
V5K common room is open from now on for Subuh jemaah,everyday..



All of you are also invited to v4 surau on Friday,Saturday and Sunday mornings..
There will be lots spiritual enrichments such as sharing sessions, tadarus al-Quran,al-mathurat and many more...








Come and grab this opportunity to purify our soul especially during this Ramadhan as well as to strengthen our bonding among our friends....

Do invite your roomate,housemates and friends to join us!
See you there.....

Not perfect faith that, until he loves his brother as he loves himself (Narrated by Bukhari and Muslim)

Gaza In Heart Campaign

Assalamualaikum..Salam blogging..As we are aware that, one Palestine Campaign had been launched during Opening Ceremony of Ramadhan Discovery By Director of Students Services..In conjuntion with the campaign, there are some activities that will be conducted along the way.Lets brothers and sisters, come and join this campaign to show your support to Palestine.May Allah bless of what we have done.

Palestinian's Raising Fund Banner


click on the picture for larger view

Monday, August 23, 2010

Kenyataan Rasmi Mengenai Bencana Yang Menimpa Pakistan dan Pelancaran Kutipan Bantuan kepada Mangsa di Pakistan

Assalamualaikum,

Rakan Masjid UTP (RM UTP) merasa terpanggil untuk sama-sama meringankan beban saudara-saudara kita yang berada di Pakistan. Pakistan baru-baru ini telah dilanda satu banjir yang begitu teruk sehingga mengakibatkan banyak kerosakan harta dan kehilangan nyawa dilaporkan.

Banjir yang sedang melanda Pakistan kini adalah yang paling teruk sejak seratus tahun melibatkan kawasan yang begitu luas iaitu hampir keseluruhan utara Pakistan dengan lebih daripada 1600 orang terkorban, 30000 buah rumah telah hanyut dan hampir 20 juta orang telah cedera. Perdana Menteri Pakistan mengatakan banjir itu membuat Pakistan mundur 50 tahun ke belakang. Keadaan banjir ini dijangka akan menjadi lebih teruk kerana tidak berapa lama lagi musim sejuk akan tiba. Terutamanya kehadiran bulan Ramadhan pada kali ini, banyak mangsa tidak mampu untuk menyediakan juadah yang sesuai untuk berbuka mahupun bersahur.





Setakat ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyeru bantuan darurat bernilai 460 juta dolar AS untuk membantu para korban banjir di Pakistan. Pengarah Bantuan Kemanusiaan PBB, John Holmes mengatakan wang itu diperlukan untuk membantu lebih dari 14 juta orang yang terjejas teruk akibat daripada kesan banjir dalam masa yang terdekat. Walaupun banyak pihak sedang membantu, tetapi banyak kawasan yang masih belum mendapat bantuan. Keperluan yang amat diperlukan termasuk khemah, selimut, pakaian, peralatan dapur, makanan, dan ubat.

RM UTP bersama-sama MPPUTP, RCSU dan ISC UTP merasa amat terpanggil untuk membantu mangsa-mangsa banjir ini. Kami bercadang untuk membantu pada peringkat permulaan ini dengan menyumbangkan pakaian dan menghulurkan sedikit bantuan kewangan kepada mangsa.

Justeru, kami menyeru kepada seluruh warga kampus untuk menghulur bantuan kepada kami bagi membantu saudara-saudara kita di Pakistan. Nama Akaun kami : Pakistan Welfare Fund No. Akaun: 08070001654203, Untuk sumbangan pakaian, bolehlah serahkannya kepada wakil-wakil kami yang akan menemui anda nanti. Kami juga akan meletakkan tabung-tabung di sekitar kampus dan kawasan kafetaria untuk memudahkan saudara/i menghulurkan bantuan disamping saudara/I boleh menderma seperti biasa di tabung yang disediakan di Masjid An-Nur.

Harith Hasyimi bin Hishamudin
Ketua Penerangan dan Perhubungan Awam.
Rakan Masjid Universiti Teknologi PETRONAS.

Sunday, August 22, 2010

Belia Prihatin

Assalamualaikum.  Salam blogging.  Dewasa kini kita lihat ancaman-ancaman budaya kuning yang menjadi virus paling berbisa dalam masyarakat.  Kalau nak diukur kebisaan virus ini, virus ini bisa mengancam penghidapnya melampaui kesan virus HIV.  Maka jika ini wabak yang menjadi makin berbisa pada waktu ini, alamatnya negara kita bakal kehilangan tokoh-tokoh berintegriti yang yang mempunyai ciri-ciri modal insan yang serba boleh.

Alangkah sedihnya bila mana masa berganti masa, kepupusan belia-belia yang sekarang ini diwara-warakan sebagai belia harapan bangsa, menjadi penyebab mundurnya negara Malaysia.  Pada masa itu, penularan wabak yang tidak dikawal pada masa kini, institusi agama diketepikan, nilai-nilai moral ditinggalkan hanya dalam buku, dan kebanjiran pemimpin-peminpin yang mengamalkan korupsi sebagai rukun hidup.

Mengimbau kembali sejarah silam pada zaman Rasulullah s.w.t., pembinaan modal insan umumnya, khususnya belia amat dititikberatkan.  Pembinaan modal insan yang ditanam Rasulullah s.w.t. dapat dirasai hasilnya sehingga sekarang.  Membenihkan keyakinan kepada Allah, kemudiannya dicambahkan benih itu menjadi  batang yang diibaratkan seperti kefahaman terhadap asas-asas Islam, maka keluarlah dahan-dahan yang teguh keyakinan pada Allah dengan kefahaman asas-asas Islam yang jitu yang dapat dirasai hingga ke hari ini iaitu kehidupan sebagai seorang Muslim.

Tapi harus diingat belia-belia sekalian bahawa pokok tidak akan dapat bertahan lama jika tidak disiram.  Pokok ini harus disiram dengan meningkatkan kefahaman kita kepada Allah, Rasul, kitab-kitab, ajaran-ajarannya dan sebagainya.  Mana mungkin kita mampu untuk mengekalkan kehidupan sebagai seorang Muslim sampai sekarang jika tidak dijaga, disemai dengan baik.

Belia-belia sekalian harus bangkit, harus bangun, harus sedar akan realiti kehidupan sekarang.  Negara amat-amat memerlukan belia-belia seperti Sultan Muhammad Al-Fateh, Salman Al-Farisi, dan sebagainya.  Jangan kita lalai dek kemajuan yang dikecapi negara sekarang.  Ayuh belia, belia boleh!!!

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More