Assalamualaikum. Salam blogging. Dewasa kini kita lihat ancaman-ancaman budaya kuning yang menjadi virus paling berbisa dalam masyarakat. Kalau nak diukur kebisaan virus ini, virus ini bisa mengancam penghidapnya melampaui kesan virus HIV. Maka jika ini wabak yang menjadi makin berbisa pada waktu ini, alamatnya negara kita bakal kehilangan tokoh-tokoh berintegriti yang yang mempunyai ciri-ciri modal insan yang serba boleh.
Alangkah sedihnya bila mana masa berganti masa, kepupusan belia-belia yang sekarang ini diwara-warakan sebagai belia harapan bangsa, menjadi penyebab mundurnya negara Malaysia. Pada masa itu, penularan wabak yang tidak dikawal pada masa kini, institusi agama diketepikan, nilai-nilai moral ditinggalkan hanya dalam buku, dan kebanjiran pemimpin-peminpin yang mengamalkan korupsi sebagai rukun hidup.
Mengimbau kembali sejarah silam pada zaman Rasulullah s.w.t., pembinaan modal insan umumnya, khususnya belia amat dititikberatkan. Pembinaan modal insan yang ditanam Rasulullah s.w.t. dapat dirasai hasilnya sehingga sekarang. Membenihkan keyakinan kepada Allah, kemudiannya dicambahkan benih itu menjadi batang yang diibaratkan seperti kefahaman terhadap asas-asas Islam, maka keluarlah dahan-dahan yang teguh keyakinan pada Allah dengan kefahaman asas-asas Islam yang jitu yang dapat dirasai hingga ke hari ini iaitu kehidupan sebagai seorang Muslim.
Tapi harus diingat belia-belia sekalian bahawa pokok tidak akan dapat bertahan lama jika tidak disiram. Pokok ini harus disiram dengan meningkatkan kefahaman kita kepada Allah, Rasul, kitab-kitab, ajaran-ajarannya dan sebagainya. Mana mungkin kita mampu untuk mengekalkan kehidupan sebagai seorang Muslim sampai sekarang jika tidak dijaga, disemai dengan baik.
Belia-belia sekalian harus bangkit, harus bangun, harus sedar akan realiti kehidupan sekarang. Negara amat-amat memerlukan belia-belia seperti Sultan Muhammad Al-Fateh, Salman Al-Farisi, dan sebagainya. Jangan kita lalai dek kemajuan yang dikecapi negara sekarang. Ayuh belia, belia boleh!!!
0 comments:
Post a Comment