Chat Box

Pages

Monday, August 30, 2010

Politik Malaysia: Dari Sudut Pandang Mahasiswa.

Salam dari Padukasalaf,

Alhamdulillah...seminggu sudah  blog ini sepi tanpa sebarang catatan yang hadir. Marilah kita bersama-sama berkongsi ilmu dan berbincang berkenaan permasalahan ummat dan sebaiknya kita cuba untuk memberikan yang terbaik kepada masyarakat..

Tiga minggu yang lepas, saya mendapat emel berkenaan satu berita tentang sekolah untuk pelajar perempuan yang hamil di Melaka. Dan lebih-lebih lagi ada seorang pemimpin politik di Malaysia ini menyokong usaha ini dijalankan di peringkat nasional.



Bagi saya, hal ini menunjukkan Malaysia ditahap yang amat parah dari segi kes penzinaan yang berlaku dalam kalangan remaja. Dan berita mengenai Ketua Menteri Melaka yang menggalakkan remaja yang mampu untuk berkahwin awal juga adalah sesuatu yang mencurigakan kita sebagai rakyat Malaysia. Ya, bagi saya, memang tidak menolak untuk membenarkan remaja pada hari ini untuk berkahwin awal, tetapi adakah yang mampu untuk berkahwin awal mempunyai akhlak atau peribadi yang baik untuk menguruskan rumah tangga dari segi usia yang masih muda?? sekiranya ada, silakan..mudah-mudahan mereka yang berintelek dan bersahsiah  ini mampu untuk membawa keluarga kepada jalan yang sesuai dengan kehidupan yang berlandaskan syariat islam.

Apa yang saya lihat dari segi suasana politik Malaysia hari ini, pemimpin-pemimpin kita sibuk dengan isu-isu perpaduan, isu pasir, isu ketuanan melayu tetapi meninggalkan aspek-aspek yang bagi kita mungkin dilihat kecil tetapi kesannya begitu mendalam bagi Masyarakat kita pada masa depan iaitu akhlak para remaja sekarang ini.

Sehingga kini, kita masih lagi belum mendengar apa-apa rang undang-undang yang baru atau cadangan-cadangan yang boleh dibincangkan di kabinet mengenai masa depan masyarakat kita ini. Siapa yang perlu dipersalahkan??..Adakah ahli-ahli politik?? atau pemimpin yang memerintah negara ini.??

Slogan Satu Malaysia yang saban hari kedengaran dan wajib untuk mana-mana aktiviti kerajaan disertakan logo Satu Malaysia. adakah ini mampu untuk mengintegerasikan anak-anak Malaysia pada hari ini?? bagi saya yang masih menuntut ini pun masih lagi kurang melihat keberkesanan slogan yang dilaksanakan. sedangkan mantan Perdana Menteri kita, Datuk Seri Dr.Mahathir pun mengakui yang masyarakat Malaysia masih lagi kurang memahami konsep ini. malah ada  dalam kalangan mereka mencabar kerajaan Malaysia untuk lebih bersikap adil kepada semua kaum dan mungkin boleh menggugat ketuanan Melayu kini.

Kadang-Kadang kita masih samar dalam melihat arena politik Malaysia ini berjalan. kadang-kadang isu-isu yang begitu kecil diperbesarkan untuk mengaut keuntungan parti politik masing-masing sehinggakan masyarakat lain terabai dengan hiburan politik Malaysia.

Apa yang saya katakan ini bukanlah beerti saya menolak politik Malaysia. tetapi bagaimanakah kita sebagai mahasiswa mampu untuk mengubah senario politik Malaysia. Berbalik kepada masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja hari ini. Saya begitu takut dengan suasana yang berlaku dan begitu ramai pelajar yang terlibat dengan kes-kes muflis kerana terlibat dengan bisnes yang tidak menguntungkan dan penipuan yang berleluasa. Baru-baru ini, sahabat saya yang sedang berpraktikal di Kuala Lumpur telah kehilangan Lima (5) buah Laptop dan 3 Teelefon bimbit disebakan rumah dimasuki pencuri. Mungkin pencuri-pencuri ini dari kalangan pelajar sendiri atau sebaliknya. tetapi, apa yang ingin saya utarakan disini adalah masalah sosial dan akhlak dalam kalangan pelajar.

Disini peranan institusi kerajaan atau badan dakwah, parti politik islam yang benar perlu diadakan bagi memberi kesedaran kepada para remaja yang bermasalah ini. saya tidak ingin menyentuh banyak tentang parti politik islam di Malaysia ini walaupun saya sedikit sebanyak bersetuju dengan tindakan yang dilaksanakan oleh pihak mereka. mungkin boleh menjadi role model kepada kerajaan pada hari ini. (sekadar pandangan dan pendapat). bagi saya, walaupun kerajaan Malaysia diperintah oleh barisan nasional tidak beerti mereka bermaharajalela dalam melaksanakan sesuatu. Parti Politik Islam seperti PAS yang bersifat pembangkang juga memainkan peranan penting dalam mengharmonikan tindakan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. (chek and balance). Beerti disini mungkin cadangan atau pandangan dari pihak pembangkang boleh diteliti oleh pihak kerajaan. Tetapi, suasana di politik Malaysia ini ada-ada je yang menimbulkan masalah dan sampai sampai ke satu tahap isu tersebut tidak habis-habis dibincang dan tiada jalan penyelesaiannya.

Jadi, melihat kepada situasi ini, mungkin kita boleh memikirkan apa yang patut untuk kita laksanakan sebagai mahasiswa bagi mengubah suasan masyarakat dalam negara kita. Perlu diingat, bahawa sudah tidak lama lagi untuk kita mengkaji dan menilai pemimpin-pemimpin kita yang akan datang. Anda berhak untuk memilih dan bersedialah untuk mengharungi Pilihan Raya UMUM yang ke-13 nanti..kepada mahasiswa yang masih lagi belum medaftar, silalah membuat demikian secepat mungkin. kerana andalah yang mampu untuk membangunkan dan mengharmonikan negara ini dengan lebih baik..

Sekian sahaja dari saya, mungkin apa yang saya lontarkan ini boleh menarik anda kepada kerisauan masalah dalam masyarakat pada hari ini untuk anda bertindak dengan lebih bijak. Apa yang saya cuba sampaikan ini adalah sekadar pandangan saya sahaja dan tidak melibatkan mana-mana pihak. Insyaallah, perkongsiaan ini mungkin membawa kebaikan kepada anda. dan sekiranya tidak membawa kebaikan, maka jangan hiraukan tulisan ini..syukran kerana membaca.

sekian,
Mu!D PaDukasalaF.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More