Chat Box

Pages

Sunday, September 26, 2010

Apa Ibadat Kita?

Assalamualaikum w.b.t

Menjadi lumrah kehidupan manusia itu sukakan pada perkara-perkara yang cantik, menyeronokkan dan benci pada segala keburukan dan kekurangan dalam bentuk sifat, material, penampilan dan sebagainya. Lahirnya manusia di atas muka bumi itu adalah dalam bentuk fitrah yang suci daripada segala ajaran, pemikiran dan doktrin yang menyesatkan. Lalu manusia itu menginjak ramaja, dewasa dan usia tua. Sepanjang proses peningkatan usia itu, manusia akan terdedah kepada segala macam bentuk pemikiran, kefahaman, suasana, budaya yang akan disimpan di dalam memori akal masing-masing. Seterusnya memori berdasarkan pengalaman yang dilalui itu akan diterjemahkan dalam bentuk perlakuan dan dipertontonkan kepada masyarakat yang berada di sekitarnya. Dalam keadaan inilah manusia itu boleh jadi terjebak dalam perkara dosa dan mungkar yang menyalahi fitrahnya jika salah ajaran dan fahaman yang diajarkan kepadanya.




Islam mengajak manusia untuk bersaksi bahawa mereka lahir di muka bumi atas kehendak Allah S.W.T. Kehidupan manusia di atas muka bumi ini harus mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. Adapun tujuan hidup manusia itu adalah untuk memperhambakan diri dan beribadat kepada Allah.

"dam tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribat kepada-Ku"
(Az-Zariyat:56)

Ibadat ini bukan tertakluk kepada solat, puasa, zakat dan haji semata-mata. Oleh kerana manusia atau majoriti umat Islam menyempitkan konsep ibadah kepada apa yang disebutkan sebelum ini sahaja menyebabkan berlakulah huru-hara dan hilang ketenteraman di muka bumi ini. Apa yang sepatutnya difahami ialah, ibadat itu mesti diluaskan dalam semua aspek kehidupan bermula daripada amalan kita di pagi hari hinggalah apa yang kita lakukan sebelum tidur itu patut menjadi ibadat.

Sebagai contoh kita mengambil rutin harian golongan pelajar. Mereka akan bangun pada waktu pagi, pergi ke kelas mendengar kuliah. Kemudian balik menyiapkan tugasan dan mengulankaji pelajaran. Setelah itu berangan-angan untuk mendapatkan ijazah kelas pertama seterusnya mendapatkan pekerjaan hebat sebagai doktor, jurutera, akauntan, arkitek, pengrah urusan, saintis dan lain-lain lagi. Alangkah ruginya manusia tersebut sekiranya segala apa yang dilakukan di atas gagal menjadi satu ibadah kepada Allah.

Jika manusia cuba untuk menterjemahkan segala urusan hidup itu untuk menjadi ibadah, antara perkara yang perlu dilakukan:
1- diniatkan urusan dan amal itu kerana Allah semata-mata
2- memnuhi syariat yang ditetapkan oleh Allah

Apa yang dinyatakan di atas hanyalah contoh kecil bagi golongan pelajar yang masih menuntu ilmu sama ada di sekolah ataupun di universiti. Asasnya sama bagi semua golongan. Bagi yang telah bekerja, suri rumah sepenuh masa, dan lain-lain lagi, andai kita mampu untuk sentiasa mengingatkan diri kita ini agar sentiasa mengabdikan diri kepada Allah maka pasti hidup ini akan lebih dirasai nikmatnya.

wallahua'lam..

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More