Chat Box

Pages

Thursday, September 16, 2010

Jangan Jadi Kejam Sangat

assalamualaikum and hi kepade pembaca2 yg prihatin,

baru2 ini, ketika berziarah raya di rumah saudara- mara di segenap pelosok daerah sekitar kuching bersame keluarga tersayang..terdengar keluhan penduduk2 di desa & kampung tentang penyalahgunaan wang yang kerajaan peruntukkan..
bukan 1 kampung.. tpi hmpir semua kpg yg dkunjungi..

apekah yang kejamnya??


Situasi 1:Bantuan Kebajikan
AJK kampung A: Duit dari kerajaan dah masuk ke??
AJK kampung B : Dah2.. hari jumaat lepas.
AJK kampung A : Nanti jangan lupe ye masukkan ckit kat my account too.. hee.. macam biase..tq2

Situasi 2:Bantuan anak2 yatim
Penduduk Prihatin A: "Dengar kata kerajaan ade bagi duit utk bantu anak2 yatim kpg kite.Btul ke?"
Penduduk Prihatin B: "Btol la tuh, tapi kesian.. dalam beribu2 duit yang kerajaan kasi, budak2 ni hnya dapat jemputan makan bersama je"
Penduduk Prihatin A: "Tuh la, dah la tuh, x semua makanan dihidang cukup2.. yang penting ajk punya makanan siap bungkus"
Penduduk Prihatin B: "Emm,entahla.. x faham betul dengan perangai ajk kampung ni."

Situasi 3:Bantuan Ibu Tunggal
Penduduk Prihatin :"Ada mintak bantuan mana2 x untuk sara anak2??Suami pun dah xde ni.."
Ibu tunggal A : "Xde, x tahu nak mintak tolong sape.."
Penduduk Prihatin :"Laa, g je isi borang kat ajk persatuan ibu tunggal. Nanti dyeorg tolong"
Ibu tunggal B : "Kalau dyeorg tolong, x tahu la dyeorg gune duit yang diperuntukkan tuh untuk apa.. "
Ibu tunggal A : "Kenapa?"
Ibu tunggal B : "Ramai ibu tunggal & balu2 kampung ni yang isi, yang terpilih tuh suma 'gang' ajk persatuan tuh je. Dah la tuh, 'gang' dyeorg ni suma kaya2, dapat lagi bantuan, memang kaya sakan"
Penduduk Prihatin :"astaghfirullahala'zim"

ade byk lg situasi teruk yg telah berlaku..
yg paling sy terkesan dekat situasi yg ke-2,

ALLAH telah berfirman:
"Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang sudah balig) harta mereka, jangan kamu menukar yang baik dengan yang buruk dan jangan kamu makan harta mereka bersama hartamu. Sesungguhnya tindakan-tindakan (menukar dan memakan) itu, adalah dosa yang besar".(surah an-Nisaa':2)

ALLAH berfirman lagi:
"Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)." (surah an-Nisaa':10)

ALLAH berfirman lagi:
"... Dan mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim, katakanlah: "Mengurus urusan mereka secara patut adalah baik, dan jika kamu menggauli mereka, maka mereka adalah saudaramu dan Allah mengetahui siapa yang membuat kerusakan dari yang mengadakan perbaikan. Dan jika Allah menghendaki, niscaya Dia dapat mendatangkan kesulitan kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (surah al-Baqarah:202)

byk lagi firman ALLAH dlm al-Quran ttg anak yatim..
kenape ALLAH sgt memuliakan anak yatim??
sbab Nabi junjungan kita Muhammad s.a.w juga adalah seorang anak yatim piatu..

adekah ajk kpg anda sekejam ini??

wALLAHua'lam

1 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More