Allah S.W.T menciptakan kaum Hawa dengan seribu satu keindahan. Setiap keindahan itu ada keistimewaan sama ada secara dalaman atau luaran. Tetapi keistimewaan itulah yang seringkali disalahgunakan untuk kepentingan diri atau orang lain.
Di mana kecantikan atau keistimewaan wanita itu? Di kala setiap hari menilik cermin, melihat wajah. Adakah kecantikan itu terletak pada lentiknya bulu mata, lesung pipit di pipi yang mulus, senyuman yang manis lagi menggoda? Atau pada hilai tawa yang gemersik dan menarik perhatian ramai? Atau suara merdu yang mampu melunturkan perasaan kaum Adam?
Dan sebenarnya kecantikan dan keindahan kaum Hawa tidak mampu diucapkan dengan kata-kata. Kaum Hawa, panjatkanlah kesyukuran ke hadrat Illahi kerana memberikan kita keindahan yang tidak terkata itu.
Namun begitu, kecantikan bukanlah segala-galanya bagi kesempurnaan seorang wanita. Kecantikan yang akan luntur dimamah usia kelak tidak berpanjangan. Justeru, di manakah kecantikan wanita?
Rasulullah SAW bersabda;
"Dunia adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah."
Rasulullah SAW tidak menyebut wanita cantik, wanita cerdik atau perkataan wanita sahaja. Tetapi ada di sebaliknya yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW selain kecantikan, kecerdikan iaitu satu nilai yang sangat yang teristimewa; kesolehan wanita itu sendiri.
KESOLEHAN; yang disulami dengan sifat kewanitaan, yang dipupuk dengan iman dan ibadah itulah kecantikan sebenar seorang wanita. Kecantikan yang terlalu tinggi nilainya dan tidak akan dimamah usia.
"Manusia Hawa dijadikan dari rusuk manusia Adam,
Bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasnya,
Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasnya,
Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidup,
Dekat pada lengannya untuk dilindungi
dan dekat di hatinya untuk dicintai."
-kecantikanmu adalah kesolehanmu-
1 comments:
macam pernah dengar ayay2 last 2..hmm
Post a Comment